TORT DAN KECUAIAN (NEGLIGENCE)




Kita selalu diingatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengurus keselamatan murid. Keselamatan murid ini juga melibatkan tort yang bermakna 'salah' Bidang tort ini sangat luas dan mencakupi pencerobohan, kacau ganggu, fitnah dan pernyataan silap atau misstatement. Ia merupakan cabang undang-undang sivil yang menetapkan tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas yang melakukan perbuatan atau kecuaian bagi mendapatkan gantu rugi.

Kecuaian atau negligence sebagai tort adalah pelanggaran kewajipan undang-undang untuk berjaga-jaga oleh defenden yang mengakibatkan kerosakan yang tidak diinginkan kepada plaintif. Unsur-unsur kecualain pula adalah (i) kewajipan undang-undang di pihak A ke atas B untuk berhati-hati dalam segala perbuatan (ii) pelanggaran kewajipan tersebut dan (iii) kerosakan berbangkit pada B. Dalam pendidikan terdapat perbezaan antara 'kecuaian guru' dan 'kecuaian pendidikan'. Kecuaian guru berpunca daripada konsep tangungjawab berjaga-jaga daripada segi undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Biasanya kecuaian guru dikaitkan dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa pelajar. Tee Fatt Hee dalam bukunya Undang-Undang Pendidikan di Malaysia (2002) menyatakan terdapat 4 elemen penting yang perlu wujud sebelum seseorang guru itu boleh didakwa oleh pihak pendakwa iaitu (i) Terdapat elemen berjaga-jaga seperti arahan yang diberikan oleh Pengetua kepada guru bagi mengajar sesuatu kepas pada sesuatu masa. (ii) Tanggungjawab itu tidak dipatuhi dan guru meninggalkan kelas untuk berehat menyebabkan pelajar bertumbuk. (iii) Akibat daripada pelanggaran tanggungjawab tadi, pelajar cedera di muka dan mengalami kerugian ; dan (iv) Terdapat kaitan yang rapat di antara tingkah laku defendan dan kecederaan yang dialami oleh plaintif.

Kecuaian pendidikan pula merujuk kepada kegagalan guru mendidik pelajar. Ada beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan pelajar memperoleh atau menguasai kemahiran dalam pendidikan. namun dalam banyak situasi usaha membuktikan sesuatu kecederaan intelek berpunca daripada guru yang urang baik adalah aat menyukarkan. Justeru 99% guru-guru tidak perlu bimbang kerana guru yang bimbang ialah guru yang tidak cekap, yang tidak hiraukan murid dalam jagaan mereka.

Contoh-contoh kecuaian lain yang mengakibatkan pihak sekolah bertanggungjawab secara tort adalah seperti gagal menyediakan kawalan pada alatan yang digunakan pelajar, meninggalkan bahan-bahan kimia berbahaya yang dapat dicapai oleh pelajar dan membiarkan pelajar bermain dengan alat-alat berbahaya tanpa kawalan. Antara kes yang perlu dilihat berkaitan dengan ini ialah kes Mohamed Raihan bin Ibrahim & Anor Vs Government 0f Malaysia & Ors yang melibatkan seorang murid mengalami kecederaan terkena cangkul semasa kelas amali sains Pertanian dsn kes Yogeswai Nadarajah & Anor v. Government of Malaysia yang melibatkan seorang murid mengalami kecederaan kerana terkena ranting kayu bunga raya yang dibaling oleh dua orang rakannya.

Justeru, tanggungjawab sekolah tidak berakhir apabila loceng terakhir berbunyi dan sekolah berakhir. Tanggungjawab ini perlu diteruskan bagi menjalankan pengawasan dan penyeliaan yang baik dan rapi ke atas murid-murid sehingga ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambil mereka.




Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment