KETAMPAKAN PEMIMPIN

Hari ini saya ingin membicarakan satu perkara yang menarik perhatian saya tentang ketampakan, satu istilah yang digunakan oleh Pengarah Pelajaran Johor semasa memberikan aspirasinya semasa perjumpaan bersama Pengetua dan Guru Besar seluruh negeri Johor di Pusat Islam Iskandar dua hari yang lalu. Visibility seperti yang diberi dalam Collins Cobuild English Language Dictionary adalah: “ the condition of being able to see clearly by other people.” Bagaimanapun dalam konteks kepimpinan visibility yang diterjemahkan sebagai ketampakan boleh diertikan sebagai dapat dilihat melaksanakan tugasnya mengurus aktiviti instruksional dengan hebat dan berkesan di mana-mana sahaja dalam sekolah mahupun di luar sekolah sama ada beliau benar-benar hadir di tempat itu atau tidak. Secara tersurat ketampakan (visibility ) menuntut pemimpin instruksional itu benar-benar berada di hadapan mata ramai ( klien ) untuk kehadirannya itu dirasai impaknya dalam pengurusan kurikulum. Secara tersirat, ketampakan ( visibility) memungkinkan pemimpin instruksional itu tidak perlu hadir secara fizikal di sekolah namun klien merasakan beliau tetap ada akibat impak yang hebat daripada kewibawaan kepimpinan dan karisma dirinya. Inilah sebenarnya elemen yang sebenarnya perlu ada pada setiap pengurus pendidikan khususnya mereka yang mengurus sekolah.

Ciri-ciri ketampakan ( visibility ) pemimpin yang diingini ( positif ) adalah seperti kehadirannya dapat dilihat dan dapat didekati atau didampingi., kehadirannya membawa cahaya, menyinari senario kurikulum sekolah, masalah yang ada terurai dengan kehadirannya dan kehadirannya dirasai walaupun beliau tiada. “Tiada tetapi seperti ada.” Dalam situasi ini kehadiran itu adalah simbolik. Misalnya, keretanya ada dan dirasai beliau ada sedangkan beliau sedang bertugas di tempat lain, yang tinggal songkok atau cermin mata namun yang ada di situ berhati-hati dan cega seakan–akan beliau ada atau apabila namanya disebut sahaja boleh menimbulkan rasa segan dan perlu berhati-hati.

Jadi, bagaiman kita hendak memastikan supaya kita sebagai pemimpin di sekolah sentiasa dapat dilihat? Antaranya ialah (a) Ambil masa untuk bercakap dengan pelajar dan guru pada waktu rehat.Percakapan atau perbualan itu boleh berlangsung di kantin, bilik guru, perpustakaan, di kaki lima bangunan sekolah atau di mana sahaja guru atau pelajar sedang berehat. (b) Ambil masa untuk bercakap dengan pelajar dan guru dalam perhimpunan formal/tak formal dalam kumpulan kecil/besar. (c) Mengajar dan berinteraksi dengan pelajar. Pengetua/guru besar wajib mengajar minimum 5 waktu seminggu. Tindakan ini membolehkan pengetua/guru besar menjadi guru contoh, pakar rujuk kurikulum dan sekaligus berinteraksi dengan pelajar. Peluang ini boleh digunakan untuk mengetahui kesan P&P dari perspektif pelajar. Beri peluang pelajar menganalisis proses pembelajaran dan gunakan dapatan itu untuk pelajar dan guru meningkatkan prestasi masing-masing. (c) Lawat bilik darjah bukan sahaja untuk penyeliaan dan pencerapan malahan untuk membincangkan isu-isu sekolah dengan guru dan pelajar. Isu-isu seperti ponteng, tidak menyiapkan kerja rumah, pengurusan masa dan teknik belajar boleh dibincangkan bersama. (d) Masuk kelas yang tiada guru sebagai guru ganti. Pengetua / guru besar boleh mengajar atau gunakan kesempatan itu untuk berinteraksi dan membincangkan isu-isu kurikulum /sekolah dengan pelajar. (e) Masuk kelas yang tiada guru, sementara menanti guru yang terlewat itu tiba atau guru ganti tiba. (f) Hadiri mesyuarat panitia dan KMK mata pelajaran. (g) Pengerusikan Mesyuarat Jawatan Kuasa Kurikulum, jangan terus-menerus diturunkan kuasa itu kepada penolong kanan sahaja. (h) Selalu mencari peluang berinteraksi /bercakap dengan guru untuk menggalakkan refleksi ,teamwork, kolaborasi dan kemajuan kerjaya secara amnya. (i) Hadiri dan ambil bahagian dalam berbagai aktiviti kokurikulum. (j) Hadiri seminar,bengkel juga kursus bersama guru /pelajar. (k) Hadiri mesyuarat, kolokium, bengkel, kursus, seminar yang berkaitan dengan pendidikan di luar sekolah dalam negeri juga luar negera agar dapat berinteraksi dengan berbagai lapisan stakeholder dan golongan profesional. (l) Membaca bersama pelajar (m) Merasmikan program akademik sekolah seperti Kem Bahasa Inggeris, Kem Motivasi, Program Teknik Belajar, Program Strategi Peperiksaan dll.

Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment