SEKOLAH SEBAGAI 'IN LOCO PARENTIS'


Dalam bidang pendidikan, sekolah mempunyai tanggungjawab penting apabila murid-muridnya berada dalam kawasan sekolah. Oleh itu semua guru dengan sendirinya menjadi ganti kepada ibu bapa (in loco parentis) dan mereka hendaklah memastikan agar murid-murid sentiasa diberi penjagaan rapi dan dilindungi daripada sebarang risiko yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka. Tanggungjawab guru-guru di sekolah juga bergantung kepada faktor-faktor bilangan pelajar di sekolah, umur, kemahiran dan tanggungjawab mereka, aktiviti yang sering dijalankan, kelengkapan yang terdapat di sekolah dan keadaan fizikal sekolah itu sendiri seperti bangunan dan bilik darjah.

Guru bertanggungjawab berada di kelas semasa murid berada di dalamnya atau menyelia murid sepanjang masa persekolahan. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Meninggalkan bilik darjah tanpa kawalan boleh mengakibatkan kemalangan berlaku dan mendedehkan sekolah kepada dakwaan mahkamah. Satu kes mahkamah berkenaan penyeliaan murid dalam bilik darjah ialah Kes Zazlin Zahira Kamarulzaman (pelajar) menuntut melalui bapa dan penjaganya kamarulzaman Ali mln Louis Marie Neube Rt Ambrose a/l Ambrose dan 2 lagi pada 1985.

Sekolah kini juga menumpukan kepada aspek keceriaan agar sentiasa bersih. Sudah pastinya wujudlah seperti `rock garden', kolam ikan atau air terjun untuk mencantikkan sekolah dan ini kadangkala juga boleh mengundang bahaya kepada murid. bagi tempat-tempat yang boleh mengundang bahaya ini amaran dan ingatan serta langkah berjaga-jaga perlu dijalankankan untuk memastikan murid faham dan mematuhinya. Malah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1985 dan Bil 14/1989 berkaitan mencantikkan sekolah dan kebersihan mengingatkan kita untuk mematuhinya.

Adalah menjadi tanggungjawab Pengetua dan guru juga berkaitan keselamatan murid di luar kawasan sekolah apabila pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum. Banyak Surat Pekiling Ikhtisas yang telah dikeluarkan untuk mengingatkan tentang perkara ini. Malah pada tahun 2020 KPM telah melaksanakan Polisi Sekolah Selamat sebagai satu agenda meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan adalah antara perkara utama perlu diberi perhatian dalam semua aspek pendidikan di sekolah.
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Menarik apa yang saudara nyatakan berkaitan tgjwb sekolah dari segi perundangan. Byk memberi pengetahuan. TK

    ReplyDelete