Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh’ Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan . melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.
Sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion perguruan bukanlah suatu pekerjaan yang profesional. Ini kerana ramai di kalangan individu yang terbabit memikirkan bahawa profesion keguruan ini tidak ‘seglamour’ pentadbir, eksekutif firma-firma, akauntan, doktor perubatan ataupun peguam. Mereka juga seringkali menganggap kerja ini sebagai ‘pilihan terakhir’ dan ‘terpaksa’. Sebab itulah ada di kalangan mereka yang beranggapan sedemikian.
Faktor lain yang menyebabkan timbulnya sebab mereka mempertikaikannya ialah mereka menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan biasa yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mereka masih terpengaruh dengan keadaan lampau di mana seseorang yang telah tamat Darjah Enam boleh menjadi guru. Wujudnya guru pengganti semasa seorang guru cuti bersalin juga adalah satu sebab yang mendorong mereka mengatakan bahawa pekerjaan guru bukanlah satu pekerjaan yang profesional.
Pada pandangan saya, jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan profesional. Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana, ciri-ciri pekerjaan ini banyak mengandungi ciri-ciri sebuah pekerjaan yang profesional. Mungkin sesetengah orang yang tidak terlibat dalam profesion ini menganggap pekerjaan ini tidak profesional kerana tugas guru hanya mengajar sahaja. Namun, sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam pekerjaan ini, barulah mereka sedar bahawa seorang guru bukan hanya perlu mengajar, tetapi perlu juga melakukan banyak tugas lain yang bukannya senang untuk dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman.
Mengapakah sesetengah masyarakat tidak memandang pekerjaan guru sebagai profesional sedangkan mereka tidak tahu tugas guru sebenarnya? Pendek kata, tugas seorang guru bukan hanya mengajar semata-mata, malah boleh juga melakukan tugas-tugas golongan profesional yang lain, contohnya menjadi doktor, akauntan, eksekutif, hakim, polis, jurutera, kerani dan sebagainya.

Tekad Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini untuk memartabatkan profesion keguruan merupakan niat murni yang mesti disambut bersama oleh segenap anggota masyarakat kerana tugas ini tidak mesti terbeban di pundak kerajaan semata-mata. Secara tidak langsung, gandingan bersama setiap anggota masyarakat ke arah meninggikan profesion keguruan merupakan salah satu bukti penghargaan mereka terhadap tenaga guru yang telah dicurahkan dalam proses menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik anak-anak bangsa.
Selain itu, memartabatkan profesion keguruan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak, sama ada daripada pihak pentadbir atau kerajaan, kalangan guru itu sendiri, anggota masyarakat mahu pun badan-badan bukan kerajaan (NGO) supaya integriti dan autoritinya sentiasa diyakini dan terpelihara. Hal ini merupakan perkara yang perlu dititikberatkan kerana sekiranya sesuatu pihak sudah tidak mempercayai dan meyakini integriti dan autoriti keguruan, maka sukarlah bagi guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hasil pengajaran dan pembelajaran yang diterima pelajar pula akan dipersoalkan kesahihannya disebabkan kewibawaan profesion keguruan itu sendiri yang telah tercalar.
0 comments:
Post a Comment