MENGAPA SEKOLAH PERLUKAN PERUBAHAN


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rizan Bapoo Hashim semasa majlis penyerahan watikah Pengetua Kanan DG52 di Hotel Katerina Batu Pahat baru-baru ini menggesa agar melihat perlantikan mereka bukan sahaja sebagai pengiktirafan atas kecemerlangan tugas mereka tetapi juga tanggungjawab besar yang kini dipikul mereka untuk menangani bidang pendidikan di sekolah. 3 perkara yang ditekankan oleh beliau ialah sistem penyampaian yang berkesan, bertanggungjawab dan kredibiliti. Ini menuntut perubahan-perubahan yang perlu dilakukan sekiranya dengan perubahan itu sendiri mampu menjadikan sekolah terus cemerlang dan institusi sekolah dan bidang keguruan sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Perubahan tidak dapat dielakkan dalam sesebuah organisasi termasuk sekolah. Ini kerana persekitaran yang turut berubah. Oleh itu jika kita hendak terus hidup dan berfungsi kita tidak boleh lari dari melakukan perubahan. Keadaan ini seperti memetik kata-kata Charles Handy (Hussein, 1993 : 223), “If you put a frog in water and slowly heat it, the frog will eventually let itself be boiled to death. We to, wiil not survive if we don’t respond to the radical way in which the world is changing”.

Perubahan dalam bentuk sesebuah organisasi berlaku disebabkan oleh desakan luaran dan dorongan dalaman. Mengikut Stoner J.A.F (1989), desakan luaran yang mendesak kepada perubahan ialah kenaikan kos, kekurangan sumber, kemajuan teknologi, permintaan dari luar (pengguna) dan kekurangan peruntukan kewangan dari kerajaan. Keadaan ini menyebabkan sesebuah organisasi itu terpaksa mengubah struktur, matlamat dan kaedah-kaedah operasinya. Manakala desakan dalaman pula terdiri dari strategi baru, teknologi, sikap dan tingkah laku. Walau bagaimanapun kedua-dua penggerak luaran dan dalaman ini saling berkait.

Beberapa tekanan luaran (external force) terhadap perubahan yang dikenalpasti ialah : kerajaan pusat, kementerian, kehendak masyarakat dan ibu bapa, perubahan teknologi, permintaan saham buruh dan perubahan ekonomi negara (Shahril, 2000). Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pendidikan berpusat, segala dasar dan undang-undang berkaitan dengan pendidikan telah ditentukan oleh kerajaan pusat dan Kementerian Pendidikan yang merupakan “stackholder”. Salah satu tugas Pengetua di sekolah ialah memastikan segala dasar dan undang-undang tersebut dipatuhi. Pengetua sebagai pemimpin seolah mempunyai kuasa yang terbatas. Ini bermakna Pengetua harus melaksanakan segala dasar-dasar baru yang diarahkan kepadanya oleh pihak atasan berdasarkan kebijaksanaannya, misalnya perlaksanakan KBSR, KBSM, Sekolah Bistari, Sekolah Berkesan dan sebagainya.

Sekolah adalah institusi sosial yang menyediakan perkhidmtan pendidikan kepada klien yang terdiri daripada pelajar, masyarakat dan ibu bapa. Kepada klien, sudah tentu mereka mengharapkan sesuatu yang terbaik diberikan kepada anak-anak mereka. Oleh itu mereka dikatakan mempunyai kuasa secara tidak langsung untuk mendesak dan menggerak perubahan dilakukan di sekolah. Peranan badan-badan seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru amat penting dalam membantu dan memberi sokongan kepada Pengetua melaksanakan perubahan sekolah. Mengikut Wyant Et Al (Hussein, 1993 : 54), sekolah yang berjaya melaksanakan perubahan ialah yang dibiayai oleh badan-badan luar selain daripada penglibatan Pengetua sendiri.

Dalam dunia moden, perkembangan teknologi begitu pantas bergerak. Di sekolah peranan teknologi amat penting. Kegagalan pihak sekolah berkembang selaras dengan kemajuan teknologi akan menghalang kepada kecemerlangan pendidikan. Penggunaan alatan moden di sekolah seperti komputer, mesin dan jentera serta teknik-teknik baru dalam pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran akan membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah. Perkembangan terkini dalam dunia pendidikan yang menekankan penggunaan multimedia seperti Sekolah Bistari mendesak supaya perubahan dilasanakan di sekolah. Untuk melaksanakan perubahan ini sudah tentu memerlukan Pengetua yang memiliki pengetahuan, kemahiran serta kuasa kepakaran (expertise power) yang tinggi (Al Ramaiah, 1999 : 8).

Salah satu matlamat pendidikan negara ini ialah menyediakan pendidikan kepada rakyat agar dapat memenuhi keperluan tenaga buruh bagi membangunkan ekonomi negara dalam pelbagai sektor. Dalam konteks ini Pengetua harus peka dengan keperluan dan permintaan tenaga buruh negara. Semua tuntutan ini mendesak dan menghendaki Pengetua memikirkan semua hal-hal berkaitan dengan mata pelajaran dan pengaliran (streaming) pelajar disekolahnya sesuai dengan keperluan negara.

Perubahan dalam organisasi sekolah juga berpunca dari situasi dalam organisasi sekolah itu sendiri. Antara beberapa sumber desakan dalaman ialah kepimpinan dalam organisasi, komunikasi, membuat keputusan dan strategi motivasi kurang berkesan.

Di sekolah Pengetua sebagai pemimpin pentadbiran dan pengajaran. Sesuatu perubahan itu boleh berlaku akibat desakan dalaman iaitu dari Pengetua itu sendiri sebagai pemimpin. Untuk menjadi perintis perubahan, Pengetua haruslah seorang yang kreatif, inovatif, proaktif dan berwawasan. “To learn is to change, to change is to creat” (Handy C. 1989). Hanya Pengetua yang dinamik dan proaktif yang boleh melaksanakan perubahan dengan berkesan.

Pengetua juga perlu melakukan perubahan untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan. Salah satu sebab kepimpinan Pengetua kurang berkesan berpunca dari “miscommunication” iaitu banyak maklumat tidak sampai terus kepada guru, kakitangan bukan guru, pelajar dan masyarakat. Terdapat banyak sebab berlakunya ketidaksampaian maklumat tersebut. Oleh itu untuk menjadikan kepimpinan Pengetua lebih berkesan, satu perubahan komunikasi perlu dilakukan di sekolah. Komunikasi perlu harus melibatkan pelbagai hala bukan dari atas ke bawah meja sahaja. Perubahan juga perlu dilakukan apabila wujudnya pelbagai masalah di kalangan anggota organisasi, misalnya masalah guru dan Kalangan pelajar seperti melanggar peraturan sekolah, tidak menghormati guru, mencuri, gengsterisme, mengugut, bergaduh semakin meningkat. Ini menunjukkan bahawa terdapat aspek-aspek tertentu berkaitan dengan disiplin perlu dikaji dan dibuat perubahan.
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment