NASI BERIYANI GAM BATU PAHAT

Pagi ini saya dihubungi oleh seorang rakan dari Putrajaya. Dalam perbualan dinyatakan rasa seronok beliau dapat menikmati nasi beriyani gam di Batu Pahat semasa saya mengiringi beliau dalam satu urusan rasmi pada bulan April yang lalu. Beliau mendakwa nasri beriyani yang beliau makan di Batu Pahat adalah yang paling sedap pernah beliau makan. Tidak rugi apabila beliau juga membawa balik secara bungkus untuk keluarga beliau menikmatinya. Itulah antara keistimewaan makanan apabila berada di Batu Pahat - kampung halaman saya. Juga antara makanan yang paling saya gemari. Banyak lagi menu yang menjadi tarikan di Batu Pahat. Itu belum bercerita pasal mee racun, mee bandung, sate dan sebagainya. Datanglah ke Batu Pahat.

Nasi Briyani @ Super Bariani Gam, Batu Pahat, Johor
Bahan-bahan (untuk Nasi):
1. 5 cawan* beras basmathi
2. 1 cawan ghee (minyak sapi)
3. 1 sudu teh buah pelaga
4. 1 inci kayu manis
5. 5 bunga lawang
6. 1 sudu teh jintan manis
7. setengah sudu teh koma koma (saffron)
8. 4 ulas bawang putih -hiris halus
9. 10 ulas bawang merah - hiris halus
10. 1 inci halia - hiris halus
11. 3 sudu makan rempah beriyani (pes)
12. segenggam gajus13. segenggam raisins
14. 5 cawan air15. garam secukup rasa(*cawan = cawan kopi)

Cara-caranya :
1. Pijarkan minyak sapi
2. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan jintan
manis sampai berbau harum

3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau
4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata
6. Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata
7. Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak

Bahan-bahan untuk lauk :
1. 1 kilo daging batang pinang, potong anggaran 6x6x5 cm
2. 5 biji kentang (belah dua)
3. 8 biji telur rebus keras
4. setengah cawan ghee (minyak sapi)
5. 1 sudu teh buah pelaga
6. 1 inci kayu manis
7. 5 bunga lawang
8. 1 sudu teh jintan manis
9. 2 biji bawang besar (yang kuning), hiris
10. 5 ulas bawang putih - kisar
11. 10 ulas bawang merah - kisar
12. 1 inci halia - kisar
13. 6 sudu makan rempah beriyani (pes)
14. segenggam gajus
15. segenggam raisins
16. Air
17. Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yoghurt
18. garam secukup rasa
19. 1 atau 2 sudu makan tomato puri

Cara :
1. Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah campak
(kulit kayu manis etc) hingga naik bau

2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak
3. Masukkan daging dan kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang). Didihkan.
4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk
5. Masukkan bahan bahan lain dan 2 cawan air lagi. Kacau rata.

NOW THIS IS WHERE THE NAME "GAM" COMES IN

Peralatan :
1. Alat kukusan
2. Kain muslin, untuk mengalas kukusan
3. Kain kapas yang agak panjang (3 meter)
4. Kanji/perekat (masak tepung kanji)

Cara:
1. Masukkan lauk yang separa masuk kedalam periuk kukusan
(tempat yang selalunya kita bubuh air)

2. Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 layers)
3. Masukkan nasi yang separuh masak, gajus dan raisins (lihat bahan untuk nasi)
4. Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk
5. Celupkan kain kapas dengan kanji
6. Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus.
Pastikan iktannya agak kejap. No steam should be able to escape.

7. Letak atas api yang perlahan
8. Masak sehingga lebih kurang 1 jam
9. Buka lilitan dan buka tutup pengukus
10. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak by now.
11. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.

Untuk menghidang :
1. Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan
2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut
3. Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut
4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng
garing dan dicincang.

5. Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan
6. Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments: