1. Kebolehan berkomunikasi.
2. Penampilan diri.
3. Keyakinan diri.
4. Konsep diri.
5. Kerja berpasukan.
6. Kefasihan berbahasa sama ada menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris.
7. Kebijaksanaan menjaga perhubungan dengan orang lain.
8. Kebijaksanaan menyesuaikan diri mengikut keadaan semasa, khususnya dalam menghadapi
situasi budaya masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
9. Kebolehan menggunakan kata panggilan yang betul dan sopan dalam komunikasi.
10. Kebolehan mengawal emosi dan menguruskan tekanan.
11. Kebolehan menangani dan menyelesaikan masalah.
12. Kemahiran memotivasikan diri.
Soft skills adalah pelengkap kepada hard skills yang juga merupakan keperluan teknikal untuk mendapatkan pekerjaan. Ringkasnya, sumber wikipedia menyatakan bahawa soft skills merujuk kepada sikap atau kekuatan dalaman pada diri individu untuk berinteraksi (kemahiran individu) dan kemahiran yang melibatkan interaksi sosial dalam masyarakat (kemahiran interpersonal). Secara keseluruhannya, ia menjurus kepada kemahiran berkomunikasi.
Kemahiran individu merujuk kepada lima ciri dalam aspek peribadi seseorang seperti berikut:
1. Esteem diri seseorang iaitu daya galakan atau motivasi dalaman yang merujuk kepada kaedah bagaimana seseorang itu
menghargai dan menilai diri sendiri.
2. Pengurusan diri iaitu merangkumi kaedah, kemahiran dan strategi yang digunakan oleh seseorang bagi menguruskan
aktiviti dan perancangan hidupnya. Termasuk di dalam aspek pengurusan diri ini ialah pengurusan masa dan proses
membuat keputusan.
3. Sikap bertanggung jawab.
4. Kebolehan bersosial juga adalah sebahagian daripada kemahiran individu. Seseorang yang memiliki pergaulan yang luas
dan mudah berkawan dikatakan sebagai memiliki kemahiran individu yang baik.
5. Kejujuran.
Kemahiran interpersonal pula merujuk kepada enam ciri dan seperti berikut:
1. Penglibatan individu sebagai ahli dalam sesebuah kerja kumpulan. Ia merujuk kepada bagaimana ahli tersebut memainkan
peranannya dengan betul serta memberikan sumbangan kepada kumpulan.
2. Kebolehan individu memberikan tunjuk ajar kepada individu lain bukan sebagai ketua tetapi sebagai individu yang setara
kedudukan sosialnya dengan individu yang diberikan tunjuk ajar.
3. Kebolehan memimpin iaitu kemahiran memimpin organisasi mahu pun sekadar sebuah kumpulan kecil.
4. Kebolehan berunding dan menyelesaikan masalah.
5. Kemahiran pengurusan pelanggan khusus bagi sektor niaga dan kemahiran bekerja dengan persekitaran budaya yang
pelbagai.
6. Penyesuaian diri dalam sistem sosial.



























Malaysian Ringgit Converter




























































