Guru yang baik, MENERANGKAN,
Guru yang lebih baik, MENUNJUKKAN,
Guru yang paling hebat, MEMBERI INSPIRASI.
“CIKGU” merupakan perkataan keramat yang akan kekal dalam setiap orang yang pernah menjadi guru, tidak kira guru dalam mata pelajaran apapun. Biasanya yang dipanggil CIKGU ataupun TEACHER (untuk guru Bahasa Inggeris) adalah guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja. Guru Besar (di sekolah rendah) dan pengetua (di sekolah menengah) juga dipanggil CIKGU. Di kolej pula, guru (pensyarah) akan dipanggil SIR, MADAM. Di peringkat pengajian yang lebih tinggi, pelajar memanggil guru dengan panggilan seperti encik, Doktor dan Professor. Kalau guru agama Islam, dipanggil Ustaz dan Ustazah (perempuan). Walau apapun panggilan kepada cikgu, mereka tetap guru dalam bidang masing-masing yang melaksanakan tanggungjawab samada secara sukarela mahupun terpaksa. Mereka juga insan biasa yang tidak lari daripada membuat kesilapan.
Beberapa hari yang lepas saya begitu teruja apabila dihubungi seorang bekas anak murid di sekolah lama saya di Kota Tinggi pada tahun 1997 – Norhafizah Salleh melalui ruangan scribd di internet. Fieza sekarang ini telah menjadi lecturer di UTHM Batu Pahat. Saya pernah mengajarnya subjek Bahasa Melayu semasa dia di tingkatan empat. Masih ingat lagi rupanya dia akan pesanan saya – kalau nak baik dalam penulisan mesti banyak membaca artikel yang baik-baik dan istilah ‘waima’ yang pernah saya gunakan apabila bercakap dalam perhimpunan. Walau bagaimanapun TAHNIAH kepada Fieza dan Asmawi (suami) - juga anak murid saya, seorang lagi anak murid telah mencapai kejayan yang cemerlang. Ini juga bukan kali pertama bertemu dengan bekas anak murid, malah ada anak murid yang pernah bertugas bersama semasa di sekolah dahulu. Seperti mana-mana guru yang lain tiada yang menggembirakan kecuali mendengar anak murid berjaya dalam hidup masing-masing. Kepada Fieza, Asmawi dan anak-anak murid yang lain – moga anda sentiasa beroleh kejayaan dan kesejahteraan dalam hidup. Insyallah.
0 comments:
Post a Comment