AL FATIHAH BUAT SAHABAT


Kematian suatu perlaksanaan janji antara hamba dan tuhan. Menjejaki alam baru dalam perjalanan setelah melalui beberapa alam terdahulu. Dari alam ruh menempuh alam rahim,menumpang alam dunia, singgah di alam barzakh sementara menanti dipanggil di alam mahsyar sebelum sampai di alam akhirat. Ianya tak perlu ditanya...cuma bersediakah kita yang perlu sentiasa dibicara.

Sahabat dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Tuan Haji Anuar bin Daud (Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan) meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 17 JUN 2008 di Pagoh Muar dalam perjalanan mengambil isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA . Terkejut apabila dimaklumkan oleh Sdr Anuar Sukiran melalui panggilan telefon pada subuh berkenaan. Sedangkan pada siang harinya almarhum bersama-sama dengan saya di Pusat Islam Johor Bahru, berbual sambil menunggu ruang dan giliran memberikan taklimat sektor/unit bersama pemimpin pendidikan negeri Johor. Banyak perkara yang dibualkan termasuk program-program latihan yang sedang diuruskannya. Tidak juga saya sangkakan permintaannya untuk mendapatkan ruang bercakap/memberi taklimat yang terakhir benar-benar menjadi ruang yang terakhir beliau bercakap dengan rakan-rakan pentadbir pendidikan negeri Johor. Beliau antara rakan sejawat dan sejabatan yang mudah berurusan dan membantu. Itulah kematian yang tiada siapa menjangkakan. Alfatihah untuknya.... Takziah juga kepada Puan Zulaikha isteri beliau dan anak-anak beliau. Bagaiman pula kita??? Moga akhir hayatku ketika di kemuncak perjuangan menegakkan Agama Allah.......Doakan....
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment