Peranan PIBG pada masa kini amat penting dalam membantu sekolah memacu kecemerlangan dalam bidang pendidikan mengikut tujuan dan fungsi-fungsinya. Bagaimanapun sebagai ibu bapa atau ahli PIBG adakah kita benar-benar memahami bidang atau skop fungsi dan batasan kuasa organisasi PIBG ini? Sebagai entiti yang ditubuhkan di sekolah dan didaftarkan serta diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sudah pastinya ada batasan kuasa berkaitan PIBG ini. Mengikut Peraturan 5 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA - GURU) 1998 yang berkuatkuasa pada 26 Mac 1998, dengan jelas telah menggariskan tujuan dan batasan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah. Dalam subperaturan (5) dan (6) ada dinyatakan batasan-batasan yang dikenakan kepada Persatuan, iaitu: Subperaturan (5) - Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah. Subperaturan (6) - Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua atau kakitangan sekolah di mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat Pendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.
Dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2001 juga ada ditegaskan bahawa kepimpinan PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya tidak sekali-kali membabitkan Persatuan dan sekolah dengan apa jua kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar kepimpinan PIBG terlibat dengan aktiviti-aktiviti anti-kerajaan atau menjadikan Persatuan sebagai platform untuk berpolitik atau bagi tujuan memperoleh kepentingan peribadi. Jika keadaan ini berlaku, dikhuatiri Persatuan akan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhannya, dan akhirnya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran, sekaligus akan merugikan pendidikan anak-anak murid di sekolah.
Justeru Guru Besar dan Pengetua selaku ex-officio dan Penasihat PIBG seharusnya memaklumkan kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa - Guru) 1998 kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik dan ibu bapa keseluruhannya agar ia dipatuhi pada setiap masa. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2004 berkaitan dengan Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga sewajarnya dijadikan panduan untuk memahami dan mengoperasikan PIBG ini.

0 comments:
Post a Comment