A. Pengenalan
PETA MINDA ialah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat menggunakannya. Kaedah ini memerlukan anda menggambarkan fakta-fakta penting yang mahu diingati dalam bentuk lakaran tersendiri untuk memudahkan anda memahami pelajaran. Anda sebenarnya menggunakan otak kanan anda seiring dengan membaca yang menggunakan otak kiri. Begitu juga ketika guru mengajar, anda berupaya menukarkan setiap penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda.Sebenarnya minda anda telahpun melakukan proses ini tanpa anda sedari tetapi untuk meningkatkan ingatan, anda perlu melakukan usaha sendiri untuk menggambarkannya. Kita akan mempelajari 80% daripada segala yang kita lihat daripada apa yang kita dengar.
B. Kegunaan Peta Minda
1. Mengambil nota
2. Simpanan nota ringkas
3. Memanggil / Mencerna maklumat semula
4. Mengembangkan isi
5. Menyelesaikan masalah
C. Bentuk Peta Minda
1. Pengkelasan
2. Rantai urutan
4. Kitaran (berpusat)
5. Tangga hiraki
6. Pohon fikiran
7. Pengkelasan (berpusat)
D. Panduan Membina Peta Minda
Bahan
1. Pen / pensel berwarna
2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan adalah dianggap baik)
Persediaan
a. Kenal pasti konsep / idea utama
b. Bina dengan pantas
c. Bina dengan riang dan positif
d. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan
e. Dalam keadaan selesa & tenang
f. Bina yang unik.
Langkah-langkah dalam membina Peta Minda
2. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang sesuai
3. Bentuk cabang-cabang besar dari tajuk utama – satu cabang untuk satu isi utama
4. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang
5. Lakar cabang-cabang kecil yang kecil sedikit dari cabang utama. Tuliskan maklumat tambahan
6. Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran
7. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang tambahan. Tuliskan
maklumat tambahan
Strategi membuat Peta Minda
Strategi-strategi untuk menjadikan Peta Minda lebih bermakna dalam ingatan :
1. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya.
2. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan berikutnya.
3. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah kita
4. Gunakan anak panah / warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang-cabang
5. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan
D. Menyediakan nota belajar dalam bentuk peta minda
Nota ringkas dalam bentuk peta minda adalah penting kerana dapat memberi satu gambaran menyeluruh terhadap satu-satu topik.
E. Kelebihan Peta Minda
1. Lakaran melalui peta minda yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiat
kreativiti seseorang pelajar atau individu.
2. Peta minda memperkembang kemahiran motor atau manipulatif pelajar-pelajar.
3. Peta minda memperkembang kemahiran menganalisis pelajar.
4. Menggalakkan pembelajaran berbentuk koperatif.
5. Memudahkan pembacaan dan pemahaman
Kepada anak-anak pelajar praktis peta minda ini boleh digunakan sebagai salah satu pendekatan menajamkan ingatan dalam persediaan menghadapi pembelajaran dan penilaian. Kepelbagaian pendekatan belajar merupakan kaedah terbaik untuk cemerlang.
0 comments:
Post a Comment