Semasa memandu balik ke rumah dari tempat kerja saya sempat mendengar deejay di radio Hot FM yang membicarakan tentang penurunan harga minyak. Dijangka kerajaan mungkin menurunkan sekali lagi harga minyak sebanyak 15 sen, untuk kali keenam berturut-turut, awal bulan depan. Pada masa ini, harga minyak RON97 ialah RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing RM1.90.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad dipetik berkata, penurunan itu kini dilihat wajar memandangkan minyak dunia kini didagangkan di bawah paras AS$60 setong. Beliau Saya fikir harga turun lagi. Perbincangan sedang dibuat dengan pelbagai pihak termasuk pengusaha pam minyak.
Pastinya ini adalah berita yang menggembirakan pengguna. Bagaimanapun penurunan ini perlulah seiring dengan penurunan harga barangan juga. Jika semasa harga minyak naik harga barang juga automatik turut naik tetpi bila harga minya turun momentum peniaga menurunkan harga barang sangat perlahan atau tiada langsung. Yang kedengaran baru-baru ini ialah pasar raya besar seperti Giant, Tesco, Carrefour dan lain-lain menurunkan harga barangannya. bagaimana dengan peruncit, peniaga yang lain? Janganlah lihat dan dengar sahaja. Contohnya apabila harga beras turun, penguasaha kedai makan tidak menurunkan pun harga bagi sepinggan nasi putihnya. Kalau inilah keadaannya kita sebagai pengguna kena bijak dalam menggunakan kuasa beli kita. Kalau perlu kita berbelanja di pasar raya besar kita pergilah kerana di
Paling tidak apabila harga barangan turun, masyarakat khususnya ibu bapa pada akhir tahun ini dapat merancang perbelanjaan mereka secara berkesan apatah lagi banyak barangan yang perlu disedia dan dibeli untuk persediaaan anak-anak masuk ke sesi persekolahan tahun 2009 akan datang.
0 comments:
Post a Comment