ketika melancarkan buku Manual Prosedur Kerja
dan Fail Meja di Johor Bahru, baru-baru ini.
Sumber : Berita Harian 11 November 2008
Oleh Amad Bahri Mardi
JABATAN Pelajaran Johor (JPJ) dengan kerjasama Majlis Perhubungan Pemimpin Pelapis Pendidikan (M4P) Johor, berjaya menerbitkan buku Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja sebagai panduan mengurus tadbir khususnya kurikulum di sekolah menengah di negeri itu. Set buku MPK dan Fail Meja berkaitan tugas Penolong Kanan Pentadbiran, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum, selain Penolong Kanan Petang serta Guru Kanan Mata Pelajaran diedarkan ke semua sekolah menengah di negeri berkenaan.
Pengarah JPJ, Sufa’at Tumin, berkata buku itu diharap dapat digunapakai pegawai terbabit dalam usaha meningkatkan kecekapan dan kualiti kerja mereka. Katanya, penerbitan buku itu selaras hasrat pengurusan JPJ yang menekankan amalan kepimpinan instruksional. “Fail Meja penting untuk dijadikan panduan, petunjuk dan pedoman dalam melaksanakan tugas harian guru terbabit, khususnya dalam usaha membantu pengetua mentadbir sekolah.
“Pemimpin tidak boleh menjalankan sesuatu tugas berasaskan kelaziman, andaian, agakan atau telahan semata. Sebaliknya sesuatu tindakan diambil hendaklah berasaskan garis panduan ditetapkan. Oleh itu, saya yakin buku yang dihasilkan akan dijadikan rujukan barisan pemimpin pelapis pendidikan di negeri ini” katanya.
Catatan :
Tahniah kepada M4P Johor yang akhirnya berjaya menerbitkan MPK dan FM untuk manfaat rakan-rakan pengurus pertengahan di sekolah.
0 comments:
Post a Comment