MEMARTABATKAN PROFESYEN PERGURUAN

Saya telah berpeluang menghadiri Konvensyen PIPP di IAB dari 24-27 November lalu. Suatu yang agak menarik berkaitan langkah-langkah yang telah diambil oleh KPM untuk memartabatkan profesyen perguruan ialah dengan memberi peluang kenaikan pangkat melalui kaedah yang lebih baik. Berdasarkan kertas pembentangan oleh Encik Khalid bin Abu Bakar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyatakan bahawa KPM telah berusaha dari semasa ke semasa untuk memendekkan tempoh perkhidmatan yang dilalui oleh guru untuk layak dipertimbangkan kenaikan pangkat. Penambahbaikan yang ketara berlaku pada bulan Ogos 2008 di mana kerajaan telah memendekkan tempoh perkhidmatan bagi laluan kerjaya, khasnya bagi jawatan hakiki, Guru Cemerlang, dan Pengetua Cemerlang. Perbandingan tempoh perkhidmatan (tahun) yang dilalui oleh guru sebelum dan selepas ogos 2008 tersebut yang boleh dilihat seperti berikut :


Gred Hakiki

DG41 ke DG44 10 (Sebelum Ogos 2008) 5 (Selepas Ogos 2008)

DG44 ke DG48 4 (Sebelum Ogos 2008) 1-4 (Selepas Ogos 2008)

DG48 ke DG52 3 (Sebelum Ogos 2008) 1-3 (Selepas Ogos 2008)

DG52 ke DG54 3 (Sebelum Ogos 2008) 1-3 (Selepas Ogos 2008)

DG54 ke JUSA C 3 (Sebelum Ogos 2008) 1-2 (Selepas Ogos 2008)


Guru Cemerlang

DG41 ke DG44 7 (Sebelum Ogos 2008) 5 (Selepas Ogos 2008)

DG44 ke DG48 3 (Sebelum Ogos 2008) <1>(Selepas Ogos 2008)

DG48 ke DG52 3 (Sebelum Ogos 2008) <1 (Selepas Ogos 2008)

DG52 ke DG54 3 (Sebelum Ogos 2008) <1 (Selepas Ogos 2008)

DG54 ke JUSA C 2 (Sebelum Ogos 2008) <1 (Selepas Ogos 2008)


Pengetua Cemerlang

DG48 ke DG52 1.5 (Sebelum Ogos 2008) <1 (Selepas Ogos 2008)

DG52 ke DG54 1.5 (Sebelum Ogos 2008) <1 (Selepas Ogos 2008)

DG54 ke JUSA C 2 (Sebelum Ogos 2008) <1 (Selepas Ogos 2008)


** Pelantikan kenaikan pangkat bergantung kepada kekosongan jawatan, kesesuaian calon dan kuota jawatan.

Adalah diharapkan ianya akan menjadi satu kenyataan dari segi pelaksanaannya untuk memastikan kalangan pendidik tidak dipinggirkan sebagaimana penjawat awam yang lain seperti PTD dan sebagainya.


http://www.iab.edu.my/PIPP_paper/Teras5/bsm.pdf


Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment