Kementerian Pelajaran akan terus memberi fokus kepada usaha memperkasa bahasa Melayu bagi menjadikannya bahasa ilmu dan asas perpaduan. Itulah kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin, Menteri Pelajaran Malaysia semasa berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2008 Peringkat Kebangsaan di Padang Merdekat, Sabah pada 27 Oktober yang lalu. Langkah itu disifatkan beliau sebagai bersesuaian dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara yang menjadi tonggak utama keutuhan masyarakat berbilang kaum. Bagi mencapai misi ini ujarnya, ia bergantung kepada kefahaman, penglibatan dan komitmen padu semua pihak, sama ada sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ini perlu dalam usaha pembentukan negara bangsa dalam konteks
Masyarakat bandar kini yang semakin mementingkan Bahasa Inggeris telah menyebabkan pembelajaran Bahasa Melayu semakin tercabar. Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain, kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mencari dan mengubah suai pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar. Dalam masa yang sama guru juga perlu bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain. Selari dengan keyakinan terhadap bahasa Inggeris yang tinggi, hal ini telah membawa kepada perubahan sikap yang ketara dalam kalangan pelajar terhadap Bahasa Melayu. Guru menggalas beban dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu lebih lancar dan tersusun agar diminati oleh para pelajar. Dengan itu, bahasa yang disampaikan perlu disesuaikan dengan aliran dan keperluan semasa.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu khususnya pengajaran kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang terbaik dan menggunakan Bahasa Melayu yang standard. Keadaan ini juga pastinya memerlukan guru menyediakan satu pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam konteks ini guru perlu mendalami ilmu bahasa dan ilmu pendidikan agar selari dengan perkembangan semasa. Dengan pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam, para guru Bahasa Melayu akan dapat mendepani segala cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau golongan yang memerlukan bantuan. Justeru, dalam mendepani isu dan cabaran ini, pihak berwajib dan guru Bahasa Melayu harus bekerja keras dan membuat anjakan dinamik untuk mengatasi cabaran yang getir ini bagi melestarikan dan memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi.
Dalam konteks nasional bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu terus diperkasakan agar bahasa Melayu bukan sahaja dijadikan bahasa identiti untuk bangsa
Bahasa jiwa bangsa.
ReplyDeleteSejauh manakah Bahasa Melayu dipertahankan ?..............
Peranan semua pihak amat perlu untuk mempertahankan bahasa Melayu. Yang paling penting ialah kerajaan - pimpinan tertinggi negara, semua agensi persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan kerana dasar dan penguatkuasaan adalah di bawah pentadbiraan dan seliaan mereka. Penguatkuasaan merupakan strategi yang paling penting dalam memperkasakannya diikuti dengan program yang bersesuaian. Kedua ialah masyarakat umum. Elemen yang paling mustahak perlu ada pada masyarakat umum ialah kesedaran tentang BM itu sendiri sebagai bahasa kebangsaan yang perlu menjadi jati diri rakyat Malaysia. Kuatnya jati diri ini diikuti dengan amalan praktis penggunaan bahasa Melayu di semua peringkat dan amalan kehidupan yang seterusnya akan mewujudkan penghayatan tinggi dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Kiranya guru dan pendidikan sahaja yang dipertanggungjawabkan ianyya tak akan tercapai sampai bila pun......
ReplyDelete