Ucapan - Komunikasi yang perlu dipelajari


Umumnya pengucapan awam adalah proses interaksi dua hala penghantaran maklumat atau informasi antara orang yang berucap dan kumpulan pendengar. Ia merupakan satu proses komunikasi dalam pemindahan mesej dari satu pihak kepada pihak yang lain. Memberi ucapan juga bukan semudah yang disangka dan anda akan bertarung dengan seribu satu cabaran serta dugaan sebelum, semasa hatta selepas menghadapinya. Realiti ini sering berlaku kepada ramai status golongan manusia seperti guru, eksekutif, pemimpin, siswa, pelajar dan ramai lagi. Walaupun sebagai guru setiap hari kita berkomunikasi dengan audien iaitu murid-murid di dalam bilik darjah tidak bermakna kita mampu berkomunikasi dengan baik apabila berhadapan dengan audien yang berlainan. Ada 4 jenis ucapan yang perlu kita ketahui.

1. Ucapan Spontan. Situasi ini berlaku apabila orang yang berucap diminta menyampaikan ucapan secara tiba-tiba dan tidak dirancang. Ucapan ini disampaikan tanpa persediaan awal dan dalam keadaan “terpaksa”.

2. Ucapan Ekstemporanas. Ucapan yang disampaikan juga secara spontan namun perucap telah bersedia dari segi mental, emosi dan idea yang sudah dirangka. Ucapan ini lebih merujuk kepada rangka isi kandungan dan menggunakan kata kunci.

3. Ucapan Manuskip. Menerusi kaedah ini orang yang berucap hanya membacakan teks ucapan yang telah disediakan dan sesekali mengekalkan hubungan mata dengan audien.

4. Ucapan Hafalan. Ucapan ini seratus-peratus menggunakan kuasa ingatan dalam menyampaikan ucapan dan memerlukkan persedian yang sangat rapi.

Satu ketika dahulu saya juga tidak berupaya untuk berkomunikasi dengan baik - takut, gementar dan sebagainya. Bagaimanapun proses menambah nilai berkomunikasi telah dipupuk dari peringkat sekolah lagi melalui pelbagai aktiviti luar bilik darjah. Justeru ini boleh kita katakan sebagai satu seni iaitu ianya mampu kita kuasainya sekiranya dapat dipupuk dengan latihan dan komitmen yang tinggi. Bagaimana yang dikatakan seni pengucapan awam? Berikut adalah petikan yang saya perolehi daripada blog Hariri Daud (http://hariridaud.wordpress.com) yang saya rasa sesuai untuk dikongsi.

1. Seni memujuk. Selalunya aspek pujukan digunakan pada hujung pengucapan anda. Ianya tidak bersifat terlalu mengada-ngada sehingga mendatangkan kebencian audience tetapi teknik pujukan ini secara “gentleman” yang dimempersonakan. Selalunya kemahiran teknik ini digunakan oleh pemidato atau pendebat. Mereka akan menggunakan 1 minit yang terakhir untuk memujuk audience dan hakim mempercayai terhadap hujah mereka. Selalunya nada yang syahdu serta berkeyakinan. Jika teknik ini digunakan sepenuhnya, i mampu membuatkan para penonton anda bangun memberi tepukan gemuruh kepada anda.

2. Seni pegunkan audience. Bukan senang untuk melahirkan kepercayaan audience kepada “speaker”. Ianya memerlukan aura yang tersendiri untuk pegunkan audience. Intonasi suara serta gaya yang berkeyakinan antara faktor penting untuk mempengaruhi audience. Seluruh anggota badan termasuk mata serta dijadikan x-factor untuk bersama-sama mempengaruhi audience.

3. Seni mengubah hipotesis audience. Selalunya audience akan membuat tanggapan atau “jatuh hukum” awal terhadap topic sebelum anda membentangkannya. Seorang pemidato yang hebat, mereka dapat mengubah pendirian seseorang untuk mempercayai mereka pula. Seni ini memerlukan kepada penelitian, bermain dengan struktur ayat, bahasa dan fakta. Setiap perkataan yang digunakan diperincikannya. Tidak hairanlah seorang peguam boleh menang kes dengan hanya kerana satu perkataan.

4. Seni bahasa badan dan mimik muka. Kita juga akan mudah boring jika si pembentang hanya berdiri kaku seperti ‘robot” menyampaikan hujah. Tidak langsung menggerakkan badan dan wajah semasa berucap. Jesteru, kepakaran menggunakan anggota badan sangat penting untuk mempengaruhi audience seperti senyum, bermain dengan wajah sama ada marah, sedih dan sebagainya. Audience akan lebih mudah faham jika kombinasi hujah dan bahasa badan anda disepadukan bersama.

5. Seni gaya bersahaja. Tidak dinafikan untuk mengayampaikan ucapan dengan bersahaja tanpa gementar bukan mudah. Ia memerlukan latihan dan pengalaman. Wajah yang tenang, gaya yang bersahaja serta bercakap dengan spontan antara seni yang terdapat pada seorang yang pemidato yang hebat. Seni ini selalunya ada pada pendebat-pendebat kerana mereka hanya diperuntukkan setengah jam sahaja untuk memikirkan tajuk yang akan dibahasakan. Namun, mereka kebanyakkanya berjaya menyampaikan hujah dengan spontan dan yakin.

7. Seni menjawab soalan secara spontan. Salah satu babak yang di takuti oleh pembentang ialah pasa sesi soal jawab. Kebanyakkan dari pembentang sengaja melanjutkan ucapan mereka menyebabkan masa sangat suntuk untuk soal jawab. Ada juga audience yang sengaja menanyakan soalan yang “pelik” dan macam-macam lagi. Memberi respon terhadap soalan secara spontan adalah satu seni yang perlu dimiliki oelh semua pembentang. Keyakinan semasa menjawab, memberi respon yang tepat serta tenang merupakan seni pada pengucapan awam.

7. Seni mengawal suasana serta reaksi audience. Kita akan bertemu dengan berbagai ragam audience. Sikap-sikap seperti tidur, bercakap sesame sendiri di kalangan peserta, mimik muka tanda tidak faham dan mimic muka tanda tidak bersetuju dan sebagainya akan kita ketemui. Bagaimana kita hendak mengembalikan perhatian mereka kepada anda? Bagaimana hendak memukau mereka untuk faham apa yang diperbincangkan ? Semuanya ini satu seni yang memerlukan kepada pengalaman serta kemahiran.
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments: