Faedah Mengguna Laman Web Dalam PnP

Kelebihan laman web ialah ia amat mudah untuk difahami dan diuruskan. Sesiapapun boleh mengendalikan laman web tanpa kemahiran dalam pengaturcaraan komputer. Maka ia sungguh menarik kepada guru-guru yang ingin berkecimpung di dalam dunia IT tetapi belum lagi yakin boleh mengendalikan sistem komputer atau perisian yang selalunya dianggap susah (computerphobia. Dengan pengalaman daripada mengguna IT ini, diharapkan kakitangan akademik ini akan terus mencuba teknologi maklumat yang lain.

Penerbitan dalam laman web akan memudahkan pencarian maklumat (information retrieval) oleh pelajar. Dari seluruh dunia, sesiapa pun boleh guna search engine untuk mencari maklumat yang dikehendaki dan maklumat itu boleh dibaca oleh ramai orang secara serentak.

Penerbitan dalam Laman Web menetapi sasaran Pembelajaran Bestari dalam era globalisasi. Bahan-bahan PnP akan mudah diperoleh oleh pelawat dari seluruh dunia.

Penerbitan bercetak mengambil masa yang panjang tetapi dengan laman web, sebaik sahaja guru-guru menyiapkan bahagian-bahagian tertentu, beliau boleh terbitkannya untuk faedah pembaca. Sebarang pindaan juga dapat diterbitkan dengan cepat.

Penggunaan teknologi oleh guru-guru boleh meringankan kerja mereka terutamanya untuk memenuhi permintaan pelajar untuk nota-nota PnP tercetak. Ia juga boleh menjimatkan perbelanjaan dari segi kos dan bahan-bahan untuk mengeluarkan nota bercetak.

Hasil yang diterbitkan oleh guru-guru sendiri akan memberi kepuasan kepada mereka (job satisfaction) itu dan seterusnya mendorong beliau untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang mereka. Ia juga boleh menjadi contoh kepada guru-guru lain

Penerbitan nota PnP serta hasil kerja pelajar di Web Server akan menambahkan isi kandungan web (Web content) daripada masyarakat Malaysia untuk faedah seluruh dunia.

Dipetik dan diubahsuai daripada http://www.hbp.usm.my/itsupport/WebBasedCAI/WEBCAIDiHBP.htm
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. salam ziarah dari saya di http://ckgbio.blogspot.com
    blog ini masih dalam proses "upload" bahan dari masa ke semasa. ssalam perjuangan untuk semua.

    ReplyDelete