Larangan Membawa Telefon Bimbit


BERKUATKUASA 25 Mac 2009 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas 2/2009, pelajar sekolah tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Pihak sekolah khususnya guru disiplin diarahkan supaya merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah.

Sebelum ini Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, dalam kenyataannya menyebut bahawa peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Antara sebab kenapa arahan merampas telefon bimbit ini hendaklah dilaksanakan ialah pergaduhan sering berlaku dikalangan pelajar akibat kehilangan telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka.

Selain itu, melalui telefon bimbit juga, pelajar menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas seperti menghantar dan menerima sms atau gambar yang berunsur lucah. Ada juga bersms ketika proses p&p sedang berjalan. Ini akan menganggu pembelajaran dan menyebabkan pelajar tersebut hilang tumpuan ketika guru mengajar.

Apabila telefon pelajar dirampas, hanya ibu bapa pelajar tersebut sahaja yang boleh menuntutnya. Ibu bapa tidak perlu menyuruh anak mereka membawa telefon bimbit ke sekolah, kerana ibu bapa boleh menghubungi anak mereka melalui pihak sekolah. Sekiranya berlaku kecemasan, pelajar juga boleh menggunakan telefon sekolah untuk menghubungi ibu bapa mereka.

Lihat salinan SPI 2/2009 - Larangan Membawa Telefon Bimbit.
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment