Petua Menjadi Pelajar Berketrampilan
Kanak-kanak dan remaja kadang kala sukar meletakkan dirinya menjadi murid atau pelajar terbaik. Pada mereka, penilaian seseorang guru hanya terletak pada prestasi ditunjukkan dalam pelajaran (akademik) sebagai kayu ukur penting. Namun, mereka lupa cara menjadi individu menarik supaya rakan mahupun guru menyukai mereka, sekali gus menjadi pelajar contoh di sekolah. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan disebutkan bahawa matlamat kemenjadian murid ialah dalam semua aspek iaitu J.E.R.I. (Jasmani, emosi, rohani dan intelek). Petua berikut barangkali boleh menjadikan anda sebagai anak atau pelajar disegani dengan memiliki ciri diingini:
# Jadilah seorang pemimpin. Latih rasa tanggung jawab.
Apabila guru meminta bantuan untuk mengerjakan sesuatu misalnya membersihkan kelas, jangan ragu untuk menerimanya. Ajak beberapa teman kelas dan pimpin mereka untuk membersihkan kelas bersama-sama.
# Mendengarkan penjelasan guru dengan baik.
Jawab setiap pertanyaan diajukan guru apabila anda ketahui jawapannya. Jangan menunggu guru untuk memanggil anda bagi menjawab pertanyaan.
# Jangan malu bertanya.
Selalu ajukan pertanyaan kepada guru apabila tidak mengerti sesuatu hal.
# Lakukan kerja rumah seperti latihan yang diberikan dengan baik, jangan selalu mencari alasan untuk tidak mengerjakannya.
Jangan malas mengerjakan kerja rumah dengan alasan lupa atau menunda-nunda mengerjakannya.
# Sebaik pulang dari sekolah, selalu ulang kaji pelajaran.
# Cukup rehat, makan dan bermain.
Semuanya dilakukan secara seimbang. Pulang dari sekolah, lazimnya kita ingin cepat keluar bermain dan melupakan segala hal penting lain seperti makan dan rehat.
Apapun, badan memerlukan tenaga tambahan yang diperoleh daripada rehat dan makanan. Oleh itu, bahagikan masa dengan baik antara waktu makan, rehat dan bermain. Jika semuanya dapat dilakukan dengan baik, badan jadi segar setiap hari. Jadi, tidaklah sering mengantuk di dalam kelas.
# Banyak membuat latihan terhadap pelajaran yang kurang disukai.
Apabila anda tidak menyenangi sesuatu mata pelajaran contohnya Matematik, banyak lakukan latihan selain mengikuti kursus atau belajar berkelompok dengan teman.
Selepas belajar, bermain seperti biasa dan menambah teman baru di tempat kursus. Selain itu, siapa tahu daripada kurang menyukai Matematik, anda semakin menyukainya.
# Ikuti kegiatan kokurikulum yang anda senangi.
Cari kegiatan yang bersesuaian dengan minat anda kemudian, ikuti kursus berkaitan kegiatan itu. Di samping mengikuti pembelajaran di sekolah, anda juga dapat pelajaran tambahan di luar sekolah.
# Cari seorang pembimbing yang baik.
Orang tua adalah pembimbing yang terbaik selain guru. Apabila ada yang kurang jelas daripada keterangan guru di sekolah, anda dapat menanyakan hal terbabit kepada orang tua.
# Jangan suka meniru teman.
Jika meniru, ia hanya memberikan nama buruk kerana kebodohan sendiri. Lagipun, belum tentu teman yang ditiru itu menjawab pertanyaan dengan betul.
Bagaimana pula jika guru dan teman lain mendapat tahu perkara itu? Tentu malu. Sebaliknya, jika rajin belajar, pasti mampu menjawab semua pertanyaan dengan betul.
0 comments:
Post a Comment