Salah laku Siber : Cabaran Baru Pendidikan


Kes buli siber yang semakin menular di sekolah merupakan satu lagi cabaran baru bagi warga pendidik dan ibu bapa untuk bekerjasama dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. Kewujudan teknologi internet dengan pelbagai kemudahan dan begitu mudahnya untuk membangunkan web dan blog telah menyebabkan penyebaran maklumat palsu, tulisan berbentuk cercaan, menghina dan mengugut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Internet serta rakaman video yang disebarkan di kalangan pelajar yang boleh memberi kesan emosi terhadap mangsa. Lihat sahaja di laman Youtube yang memaparkan pelbagai aksi pelajar malah ada sebahagiannya amat keterlaluan bukan sahaja di negara ini tetapi juga di negara-negara yang lain. Begitu juga ruangan forum yang bukan sahaja memaparkan bahasa yang kesat, slanga malah lucah juga.

Ini merupakan masalah disiplin baru di negara ini tetapi ia telah lama berlaku dengan meluas di kalangan pelajar di negara Barat yang mengakibatkan penderaan mental. Ia akan memberi kesan yang cukup buruk kepada mangsa apabila keadaan begitu tertekan. Sehubungan itu sebagai langkah awal guru dan semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan perlu memantau aktiviti pelajar dan lebih mendekati mereka yang mungkin merasa resah dan terancam dalam diam. Apa yang paling penting ibu bapa juga perlu mengingatkan anak-anak agar tidak menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan tidak menggunakan kesempatan untuk menjejaskan imej dan memburuk-burukkan rakan sebaya, guru, imej sekolah dan bidang pendidikan itu sendiri.

Inilah cabaran baru yang perlu ditangani oleh warga pendidik di sekolah. Untuk menanganinya memerlukan perhatian dan kerjasama semua pihak – KPM, warga pendidik, ibu bapa dan pelajar-pelajar sendiri. Kita seharusnya menggalakkan keterampilan pelajar dalam membangunkan pelbagai blog dan web tetapi seharusnya menjurus kepada aspek-aspek yang positif sahaja dan bukannya menjadikannya medium untuk memburuk-burukkan pihak lain, memaparkan gambar dan aksi yang memualkan dan elemen-elemen yang tidak membina minda dan integriti.
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment