Tidak Perlu Genius, Yang Penting MAHU BELAJAR


Alkisah seorang raja di Bukhara bernama Nuh bin Mansur telah menderita satu penyakit. Dia memanggil tabib-tabib terkenal di negerinya namun penyakitnya tidak juga sembuh. Selepas beberapa lama menderita datang seorang pemuda berumur 17 tahun menawarkan diri untuk mengubatinya

Ditakdirkan Allah, pemuda itu berjaya mengubati raja berkenaan. Raja berasa cukup gembira kerana kembali sihat dan ingin memberi ganjaran atas khidmat pemuda berkenaan. Beliaupun memanggil pemuda itu dan berkata, "Beta cukup gembira kerana kembali sihat. Sesungguhnya kamu wajar menerima ganjaran. Apakah yang engkau inginkan? Nyatakan sahaja beta akan tunaikan," titah raja dengan penuh ceria. Si Pemuda hanya diam.

"Adakah kamu ingin berkahwin dengan puteriku yang cantik itu? Raja Nuh cuba meneka. Pemuda itu menggelengkan kepalanya. "Kamu inginkan kekayaan?" Raja meninggikan sedikit suaranya.

"Patik cuma ingin meminta kebenaran Tuanku untuk mengizinkan patik membaca kesemua buku yang ada dalam Perpustakaan Negara," pinta pemuda itu.

Pembesar-pembesar lain tergamam dan hairan dengan permintaan pemuda itu. Apakah hanya itu yang diinginkan setelah berjaya menyelamatkan raja? Membaca buku di perpustakaan? Macam tidak masuk akal sedangkan kalau orang lain sudah pastinya mahukan kekayaan dan kesenangan.

Ini bukan cerita dongeng tetapi kisah benar yang berlaku kepada seorang pemuda. Siapa pemuda ini sebenarnya? Pemuda inilah yang kemudiannya telah memperkenalkan teori-teori perubatan dalam bukunya, The Canon of Medicine. Siapakah tokoh itu? Tidak lain dan tidak bukan, Ibnu Sina atau di Eropah lebih dikenali sebagai Avicenna. Sikap beliau yang mahu untuk belajar akhirnya menjadikan dirinya dikenali sebagai bapa perubatan moden. Banyak buku tulisannya telah menjadi rujukan utama dalam bidang perubatan sejak berabad lalu. Untuk menjadi pandai tidak semestinya genius tetapi yang penting mahu untuk terus belajar.
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment