Tuisyen.... Perlu?


TUISYEN..... Saya tertarik untuk menulis tentang topik ini respon kepada seorang guru Bahasa Malaysia saya yang mengadu tentang trend murid-muridnya menjawab soalan dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Beliau menyatakan kebanyakan murid yang diajarnya menulis karangan menggunakan trend ungkapan dan frasa yang sama yang diajarkan oleh guru mereka di pusat tuisyen. Kebanyakan murid yang menghadiri tuisyen guru berkenaan memulakan pengenalan dengan frasa “Dalam era globalisasi.........................”. Ini memperlihatkan bahawa pengaruh guru tusiyen juga amat besar dalam penulisan murid.

Saya tidak bimbang sekiranya input oleh guru di pusat tuisyen ini benar-benar menepati kehendak SP, HSP dan soalan. Ini kerana pengalaman saya bertugas di unit swasta satu ketika dulu menunjukkan bahawa guru tuisyen yang digaji bukan sahaja dari kalangan guru sahaja tetapi latar belakang yang berbagai. Sejauhmana mereka yang bukan dari latar belakang pendidikan ini mampu memberikan input yang sepatutnya diperolehi oleh anak-anak kita. Saya pernah berbicara dengan seorang murid yang belajar tuisyen Prinsip Akaun di pusat tuisyen yang bukan guru dan hasilnya jawapan penulisan yang diajar adalah amat meragukan sehingga guru sekolah terpaksa mengambil inisiatif untuk membetulkan pendekatan dan teknik menjawab yang betul.

Sebagai ibu bapa dan pelajar kita seharusnya mengkaji terlebih dahulu sebelum menghantar anak-anak kita menghadiri tuisyen di luar sekolah. Langkah menghantar tuisyen anak-anak kita adalah bagus kerana ianya bersifat suppliment untuk memperkukuh prestasiu anak-anak kita. Bagaimanapun kita perlu memastikan guru berkenaan benar-benar layak memberi bimbingan dan bukan sekadar mengajar untuk mengejar keuntungan semata-mata. Pusat-pusat tuisyen mutakhir ini tumbuh baik cendawan selepas hujan baik yang berdaftar atau sebaliknya. Jangan nanti akibat kesilapan kita menghantar anak ke pusat tuisyen yang salah, anak-anak kita menanggung kerugian dan akhirnya guru sekolah juga yang dipersalahkan.

Pusat-pusat tuisyen tumbuh di merata tempat di seluruh negara. Permintaan ke atasnya semakin meningkat kerana kesedaran umum terhadap kecemerlangan akademik semakin meluas. Persoalannya sekarang ialah apakah dengan menghadiri kelas-kelas tuisyen dapat membantu atau membantut pembelajaran seseorang pelajar ? Sebenarnya tidak ada jawapan tepat kerana sama ada ia menguntungkan atau sebaliknya bergantung kepada beberapa faktor yang akan saya sebutkan di bawah. Oleh itu pelajar dan ibu bapa hendaklah memastikan wang yang dibelanjakan, masa yang digunakan, dan tenaga yang dicurahkan untuk ke kelas tuisyen adalah berbaloi...

Tuisyen Itu Boleh Membantu Jika...

(a) Guru berkelayakan dan pengajarannya berkesan
(b) Melibatkan beberapa subjek lemah sahaja, justeru itu masa mengulang kaji dapat ditambah
(c) Memberi tumpuan sepenuhnya ketika di kelas walaupun menghadiri tuisyen
(d) Hadir tuisyen atas keperluan
(e) Mengikuti kelas tuisyen secara serius
(f) Tidak meletihkan kerana kelas tuisyen tidak jauh dari rumah
(g) Menghadiri tuisyen yang berdaftar dan diketahui kelayakan guru yang mengajar.

Tuisyen Itu Boleh Membantut sekiranya.......
(a) Guru kurang berkelayakan dan pengajarannya kurang berkesan
(b) Melibatkan semua subjek sama ada yang lemah atau tidak, justeru itu masa ulang kaji terbuang
(c) Kerana hadiri tuisyen, tumpuan di kelas diabaikan
(d) Hadir tuisyen kerana ikut kawan
(e) Main-main semasa di kelas tuisyen
(f) Berasa letih dan penat kerana berulang-alik ke kelas tuisyen yang jauh dari rumah

Oleh itu sebelum membuat keputusan sama ada pelajar sekalian memerlukan tuisyen atau tidak, elok kaji keperluannya dengan menggunakan kriteria seperti yang diutarakan di atas. Pastikan ia membantu, tidak membantutkan anda.
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment