Keperluan Kepada Perubahan


Artikel tulisan Mohd Izham Mohd Hamzah, Ph.D dan Norazah Mohd Nordin, Ph.D (2007) membincangkan bahawa perubahan yang berlaku dalam pendidikan adalah bermatlamat ke arah meningkatkan keberkesanannya kepada klien, iaitu para pelajar. Memetik daripadanya, Sufean (2004) menerangkan perubahan mempunyai erti atau konotasi peralihan, anjakan, transformasi, inovasi, adaptasi, atau reformasi, dan kesemua istilah ini merujuk kepada keadaan yang terubah daripada keadaan sedia ada kepada suatu keadaan yang lebih baik dan maju. Secara umumnya apa yang dapat difahami daripada Hersey dan Blanchard (1983) tentang perubahan ialah terdapat tujuh jenis tekanan yang mendesak kepada perubahan iaitu paksaan, ganjaran, kepakaran, kuasa sah, personel / rujukan, kuasa maklumat dan kuasa perhubungan.

Michael Fullan ( 1998 ) pula menegaskan tekanan yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan adalah :
1.Persekitaran yang kompleks memberikan tekanan untuk berubah.
2.Sekolah bukan unit yang terpencil, sebaliknya perlu mempunyai komunikasi dengan masyarakat sekelilingnya.
3.Dunia yang semakin rencam sifatnya mempunyai kepelbagaian yang memerlukan lebih fleksibiliti.
4.Kejuruteraan dan teknologi komputer serta teknologi komunikasi telah menembusi dinding sekolah.
5.Sekolah merupakan harapan terakhir untuk menyelamatkan dan mencipta semula masyarakat.
6.Guru – guru dapat membantu ke arah generasi cemerlang di masa hadapan.
7.Pendidikan adalah penting untuk demokrasi. Warganegara yang berpendidikan adalah lebih mudah untuk diurus.
8.Persaingan dalam pasaran, pilihan keluarga dan pengurusan individu sendiri.
9.Pekerjaan menanti pelajar. Pendidikan sebagai persiapan atau kilang mengeluarkan tenaga kerja mahir dan berhemah tinggi. Sungguhpun robot boleh menggantikan tenaga manusia, tetapi manusia lebih kreatif dan mudah diubahsuai.
10.Kecelaruan struktur sedia ada.

Faktor – faktor yang memberi tekanan untuk perubahan akan terus memastikan bahawa pendidikan yang kita sediakan untuk generasi seterusnya adalah sesuai, relevan dan berkesan. Untuk memastikan kelangsungan ini, pemimpin pendidikan ialah orang yang menggalas tanggungjawab tersebut dan perlu sentiasa menyediakan dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkenaan.
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment