PENDIDIKAN PRA SEKOLAH


Apabila bercakap tentang pendidikan prasekolah ia akan menjadi satu topik yang amat menarik kerana seakan menjadi trend masa kini di mana ibubapa berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak ke institusi pra sekolah atau kindergarten yang menawarkan pelbagai pakej yang mampu untuk membentuk anak-anak ini menguasai ilmu yang sepatutnya bukan ditahap mereka. Permintaan yang tinggi dikalangan ibubapa yang ingin anak mereka menjadi "brilliant" telah menyebabkan pelbagai institusi pendidikan prasekolah tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Di samping ia akan menuju ke arah persaingan yang sihat di kalangan institusi ini, ia juga akan menguntungkan ibubapa kerana mereka mempunyai banyak pilihan dan mampu memilih yang terbaik untuk anak-anak
mereka.

Hari ini saya menghantar dan mengikuti majlis graduasi tadika anak saya yang berumur 6 tahun di sebuah hotel 5 bintang di Johor Bahru. Ballroom hotel penuh sesak dengan ibu bapa dan keluarga yang memperlihatkan kecenderungan ibu bapa yang tinggi menghantar anak ke tadika berkenaan – kebetulan tadika swasta berkenaan menggunaan english medium dan berkonsepkan Islam.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan kurikulum prasekolah kebangsaan yang diguna pakai sejak 2003, iaitu kurikulum yang wajib digunakan oleh semua tadika dan prasekolah sama ada tajaan kerajaan atau swasta di negara ini. Matlamat pendidikan prasekolah adalah untuk membiasakan kanak-kanak bersosialisasi dan penyediaan ke Tahun Satu di samping memberi pengalaman pembelajaran holistik dalam aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi. Tumpuan utama di prasekolah bukan sahaja untuk memantapkan kemahiran berbahasa tetapi lebih kepada pembentukan sahsiah yang positif.

Di negara ini kanak-kanak berpeluang mengikuti pendidikan pra sekolah sama ada yang dikelolakan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) atau swasta. Walaupun teras pendidikannya sama iaitu menggunakan Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan tetapi terdapat perbezaan antara tadika berdasarkan pendekatan dan metod pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Ada sebahagian method yang digunakan dalam pembelajaran matematik, bahasa dan sebagainya diimport dari negara barat. Variasi dari segi method dan medium bahasa yang digunakan juga membezakan dari segi kadar bayaran. Malah terdapat sebuah tadika yang pernah saya selia dan lawati semasa bertugas di Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Negeri menetapkan yuran bulanan setinggi RM300.00 bagi setiap murid bersesuaian dengan perkhidmatan pembelajaran yang disediakan seperti jumlah murid yang minimum bagi setiap bilik darjah, kemudahan alat bantu pembelajaran yang diimport dan berteknologi tinggi di samping menyediakan guru siswazah dalam bidang pra sekolah.

Saya juga melihat pendidika pra sekolah khususnya tadika swasta sebagai satu industri pendidikan yang cukup menuntungkan. Semasa saya bertugas di Unit Pendidikan Swasta sebelum ini juga mendapati terdapat trend peningkatan jumlah tadika swasta yang amat tinggi di bandar-bandar besar dan pekan-pekan. Ini berlaku kerana trend ibu bapa yang cenderung menghantar anak-anak ke tadika swasta berbanding tadika kerajaan seperti KEMAS dan Tadika Perpaduan yang lebih banyak tertumpu di desa. Ini sebenarnya adalah satu persaingan yang agak sihat. Walau bagaimanapun perlu juga difikirkan kesan daripada trend ini iaitu sejauhmanakah kanak-kanak yang berada di luar bandar dapat menikmati pendidikan pra sekolah sebagaimana yang dinikmati oleh anak-anak yang bersekolah di tadika swasta atau mampukah sesetengah ibu bapa di bandar yang berpendapatan rendah menghantar anak-anak ke tadika swasta yang mengenakan bayaran yang agak tinggi, yang kadang-kadang lebih tingi daripada bayaran/yuran murid-murid di sekolah rendah atau menengah. Justeru perlu juga difikirkan agar aspek bayaran atau yuran ini difikirkan oleh pihak tertentu supaya tidak membebankan ibu bapa.
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Artikel anda:

    http://pendidikan.infogue.com/
    http://pendidikan.infogue.com/pendidikan_pra_sekolah

    promosikan artikel anda di infoGue.com. Telah tersedia widget shareGue dan pilihan widget lainnya serta nikmati fitur info cinema untuk para netter Indonesia. Salam!

    ReplyDelete
  2. Ia bergantung pd ibu bapa sbnrny...ank lelaki sy hnya tadika perpaduan tapi telah mampu membaca dan menulis seawal 5 tahun dan hafal no sehingga 200..?dia juga boleh melakukan matematik tambah sehingga puluh dan tolak belasan...memahami konsep asas sains seperti graviti,daya,hujan,air,fotosintes..doa dn surah asas,solat,dn iqra...
    Kuncinya adlh pd ibu bapa...tusyen dirumah oleh ibu yg xbkerja dan pmantauan ayah...

    ReplyDelete
  3. Ia bergantung pd ibu bapa sbnrny...ank lelaki sy hnya tadika perpaduan tapi telah mampu membaca dan menulis seawal 5 tahun dan hafal no sehingga 200..?dia juga boleh melakukan matematik tambah sehingga puluh dan tolak belasan...memahami konsep asas sains seperti graviti,daya,hujan,air,fotosintes..doa dn surah asas,solat,dn iqra...
    Kuncinya adlh pd ibu bapa...tusyen dirumah oleh ibu yg xbkerja dan pmantauan ayah...

    ReplyDelete