SUBJEK SEJARAH DI SEKOLAH RENDAH
Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan mata pelajaran sejarah diwajibkan di semua sekolah rendah di seluruh negara bagi mendedahkan pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula daripada peringkat umur rendah. Perdana Menteri berkata, kaedah pengajaran mata pelajaran itu juga perlu dilakukan secara lebih menarik untuk menanam minat pelajar, manakala kurikulum mata pelajaran diperkasakan.
Ini adalah perkembangan yang amat menarik. Saya pernah menulis tentang perkara ini pada bulan JUN yang lalu. Apatah lagi pada hari ini kita seolah-olah mengalami ketirisan dari segi kekuatan dan kemantapan perpaduan dalam masyarakat kita. Sejarah bangsa dan negara kita amat bernilai untuk difahami. Kita seharusnya perlu belajar daripada sejarah, jika tidak kita mungkin mengulangi kesilapan lampau. Ini kerana sejarah adalah elemen penting dalam peradaban bangsa. Generasi muda perlu mendalami pengetahuan mengenai sejarah bangsa dan pembangunan negara. Saya amat bersetuju apabila PM menyebut bahawa pembelajaran sejarah di sekolah rendah perlu kerana lazimnya pelajar yang mengikuti aliran sains di sekolah menengah sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan seterusnya memasuki alam pekerjaan, tidak terdedah kepada mata pelajaran sejarah.
Adalah diharapkan kesedaran tentang sejarah bangsa dan negara ini dapat disemai sejak anak-anak kita di peringkat rendah lagi akan terlaksana. Malah kenyataan Dato' Seri Hishammuddin dalam reaksi positif seperti yang dilaporkan dalam media menyebut bahawa pengenalan mata pelajaran sejarah di sekolah rendah adalah sebahagian transformasi pendidikan yang sedang dirintis kementerian menjelang 2010 melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Cara bagaimana mata pelajaran itu disuntik pada peringkat kurikulum sedang dirintis, termasuk perbincangan dengan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, dengan mengambil kira kekangan termasuk guru.
Sdr Azman ,
ReplyDeleteSetuju sangat hak lagu tu , sejaroh tu penting .
Sejarah tulah asal-usul leluhur kita ............
ReplyDeletePATUTNYA SEJARAH DAH LAMA DIJADIKAN SUBJEK TERAS SEK. RENDAH.
ReplyDeleteDALAM KT DAN PSK TU SEJARAH SIMPLE SANGAT.
INGAT ! SEJARAHLAH MENGAJAR MANUSIA MENGENAL BANGSANYA.
Cadangan ,
ReplyDelete1. M/P Sejarah dijadikan subjek
Sekolah Rendah @ UPSR 2010
2. Kontrak Sosial sebagai satu
kurikulum IPTA /IPTS.
MEMANG WAJAR DAN MINTA DIREALISASIKAN.