PEMIMPIN PERTENGAHAN : TULANG BELAKANG SEKOLAH


Pada Sabtu yang lalu saya menghadiri Majlis Perasmian Seminar Memperkasa Pengurus Pertengahan Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar Johor Bahru yang disempurnakan oleh Tuan Haji Sufa'at bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor. Saya amat tertarik dengan beberapa pesanan beliau kepada 'middle manager' berkaitan peranan dan fungsi mereka membantu Pengetua dalam pengurusan dan kecemerlangan sekolah.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, GPK HEM, GPK Kokurikulum dan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dianggap sebagai kumpulan 'future leader' yang perlu berperanan sebagai 'strategist' untuk kemajuan sekolah. Terdapat 5 tahap kuasa pemimpin yang perlu ada pada kumpulan ini untuk membuat perubahan besar dalam organisasi. 1. Tahap 'legitimate power' iaitu kuasa lantikan melalui surat lantikan rasmi yang diperolehi. Melalui lantikan inilah mereka berupaya untuk melaksanakan fungsi mengikut senarai tugas yang dimandatkan kepada mereka. 2. Tahap membina hubungan. Ini merupakan tahap paling mustahak iaitu GPK/GKMP perlu menguasai dalam kemahiran membina hubungan dengan subordinate di bawah kawalan masing-masing. 3. Tahap 'Production' iaitu hasil yang diraih berdasarkan perancangan strategik dan pelaksanaan program yang bermakna untuk organisasi. Indikator dilihat elalui kejayaan-kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang yang di bawah pengawasan mereka baik kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan sebagainya. 4. Tahap 'reproduction' iaitu keupayaan 'middle manager' untuk mengurus dan merekrut pemimpin pelapis di peringkat sekolah mengikut tugas dan peranan tertentu. 5. Tahap 'Respect' iaitu sejauhmana pemimpin pertengahan ini dihormati dan dikagumi oleh subordinatnya. Pemimpin yang dihormati adalah pemimpin yang mampu memimpin anak buahnya untuk kecemerlangan tugas dan organisasi.

Disebutkan juga oleh Pengarah Pelajaran Johor bahawa pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang setanding dengan pesaing-pesaingnya iaitu yang dapat dicapai melalui 3 perkara : membaca dalam bidang atau kepakaran masing-masing 30 minit sehari, mendengar program audio dan menghadiri seminar/bengkel atau latihan tertentu. Ianya berkaitan dengan langsung dengan kejayaan seseorang pemimpin yang dapat menukarkan 'knowledge' kepada 'applied knowledge' dalam tugasannya.

Sehubungan itu peranan pemimpin pertengahan ini perlu terus dikukuhkan kerana selain daripada berperanan sebagai perancang strategik, mereka juga menjadi jambatan antara pengurusan kanan dengan pegawai pelaksana, penterjemah dan pelaksana strategi sekaligus berperanan sebagai pelaksana perubahan.

Beliau menyimpulkan amanatnya dengan:

1. Jadilah pemimpin 360 darjah - memiliki berbagai kualiti kepimpinan dalam mengurus organisasi.
2. Sebelum jadi pemimpin yang baik di atas, perlu menjadi pemimpin yang terbaik di di peringkat bawah terlebih dahulu.
3. Memimpin dengan jayanya di sesuatu tahap adalah lesen untuk berjaya di tahap yang lain.
4. Jangan tunggu dapat peluang baru buat sebaliknya buat sekarang berdasarkan fungsi kita.
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment