Keperluan Organisasi Mempunyai Hala Tuju


Langkah pertama yang perlu diambil bagi memastikan kejayaan sekolah adalah dengan menentukan matlamat dan merancang strategi bagi mencapai matlamat tersebut. Hal ini adalah kerana keperluan terhadap kepimpinan strategik dan berwawasan dalam institusi pendidikan adalah terlalu mendesak bagi menangani perubahan dan menjayakan konsep Sekolah Berkesan (Mauriel, 1989), amalan pengurusan kualiti menyeluruh (Muhamad Bustaman, 1997), pembangunan iklim sekolah (Hussein Mahmood,1993), menangani masalah sikap guru dan murid masa kini (Omardin, 1996) dan bagi menentukan survival sesebuah sekolah (Asarudin, 1995). Gaya kepimpinan ini dikatakan dapat meningkatkan kemungkinan sesebuah organisasi itu mencapai wawasannya.

Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk memastikan bahawa sekolah mempunyai hala tuju yang jelas ialah dengan membuat semakan semula visi dan misi sekolah. Melalui penubuhan jawatankuasa penyelaras semakan semula visi dan misi sekolah yang dianggotai oleh semua peringkat warga sekolah termasuk pentadbir, guru kanan, guru dan kakitangan sokongan, visi dan misi yang baru yang lebih realistik dan releven dapat dihasilkan. Tugas dan tanggungjawab untuk menetapkan wawasan sekolah bukanlah begitu sukar. Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun memberi arah tuju yang jelas terhadap matlamat pendidikan di negara ini melalui mandatnya dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Malah, semua sekolah di Johor telah diminta menggunapakai visi dan misi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti di bawah ini:

VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Misi dan visi ini kemudiannya perlu diterapkan kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa/penjaga, PIBG, masyarakat setempat dan pelbagai pihak sama ada Badan Kerajaan (GO) atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ada pertalian dengan sekolah ini melalui pelbagai medium seperti perhimpunan mingguan, surat edaran/makluman, papan tanda, banner dan poster di kelas serta sudut tertentu di sekolah, mesyuarat PIBG, mesyuarat permuafakatan dan pelbagai perjumpaan bersama ibu bapa/penjaga dan pihak-pihak yang berkepentingan. Melalui perkongsian visi dan misi yang satu, warga sekolah dan pihak yang terlibat mampu bergerak bersama dengan hala tuju yang sama untuk mencapai kejayaan. Dalam apa juga pelaksanaan aktiviti pendidikan melibatkan murid, guru dan ibu bapa akan sentiasa dikaitkan dengan visi dan misi yang telah disepakati ini. Malah setiap guru dan murid sentiasa mengulangi ikrar memastikan visi dan misi ini menjadi pegangan dan sasaran matlamat bersama. Natijahnya, setiap pelajar dan guru sekolah bukan sahaja dapat menyatakan visi dan misi sekolah mereka dengan tepat dan jelas malah penghayatannya akan dapat dilihat melalui peningkatan pelbagai kejayaan yang dapat dicapai oleh pihak sekolah dalam bidang akademik, pembangunan sahsiah dan kokurikulum.

Selain daripada itu, semakan semula piagam pelanggan yang menjadi amalan warga sekolah perlu dilaksanakan bagi memberi nilai tambah kepada piagam pelanggan untuk disesuaiakan dengan perkhidmatan terkini yang diberikan kepada semua murid dan ibu bapa/penjaga. Piagam pelanggan ini merupakan iltizam warga sekolah bagi memastikan perkhidmatan yang diberi kepada pelajar adalah selaras dengan visi dan misi sekolah.

Bersesuaian dengan visi, misi dan piagam pelanggan yang dibuat di peringkat sekolah, Bidang Keberhasilan Utama Sekolah (SKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) selaras dengan NKRA di peringkat Kementerian Pelajaran dan KRA di peringkat Jabatan Pelajaran Johor perlu dijadikan matlamat strategik dan objektif yang perlu dicapai dalam tempoh 3 tahun (2008-2010). Dengan pemantapan semula visi, misi, piagam pelanggan, matlamat strategik dan objektif sekolah, landasan utama untuk menentukan kejayaan sekolah selepas itu adalah .
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment