Ganjaran & Insentif - Elemen Memajukan Sekolah


Petikan artikel tulisan saya dalam Jurnal Pendidikan MPSM Edisi 2010 berkaitan insentif dan gajaran sebagai salah satu faktor/inisiatif dalam memajukan sekolah.

Sergiovani (1995) menyatakan bahawa rasa puas hati dalam kalangan guru dan pelajar (menikmati sekolah sebagai tempat untuk bekerja atau belajar) ialah apabila mereka mendapat ganjaran atau insentif melalui penglibatan dalam aktiviti sekolah dan merasai dirinya berharga dan dihargai. Berdasarkan prinsip ini dan selaras dengan teori piramid Maslow bahawa antara keperluan manusia ialah penghargaan kendiri maka elemen ini perlu dilaksanakan sebagai motivasi atau penggerak kepada sumber yang ada di sekolah (guru dan murid) untuk sentiasa berusaha mencapai visi dan misi sekolah melalui peranan masing-masing.

Antara usaha yang boleh dilaksanakan bagi memastikan guru sentiasa dihargai ialah dengan memberikan hadiah kepada setiap orang guru semasa hari jadi guru berkenaan, ucapan terima kasih, tahniah dan sijil penghargaan bagi setiap kejayaan yang disumbangkan oleh guru untuk sekolah, mewujudkan `thank you board’ di sekolah untuk menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang menyumbang kepada nilai tambah kejayaan organisasi di samping mengadakan jamuan makan secara berkala.

Bagi pelajar-pelajar sekolah pula penghargaan dan nilai diberi bagi setiap penyertaan dan sumbangan yang diberi untuk kejayaan sekolah dalam apa juga bidang sama ada akademik, kokurikulum atau disiplin. Malah pengetua boleh turut memperkenalkan banyak kategori penghargaan kepada murid yang tidak melibatkan kejayaan kepada sekolah tetapi membantu mewujudkan budaya baik di sekolah. Antaranya memberikan sijil penghargaan kepada pelajar yang hadir dalam gotong royong sekolah, sijil kepada pelajar yang hadir 100% dalam setahun dan sijil kesantunan dan budi pekerti. Pelbagai insentif juga boleh diperkenalkan di sekolah untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang postif, antaranya insentif kepada pertubuhan pelajar yang dapat mewujudkan sudut ilmu, insentif kepada pelajar yang memperoleh semua A dalam peperiksaan dan pelbagai insentif yang lain. Natijahnya banyak kejayaan akan dicapai oleh pelajar-pelajar sekolah dalam pelbagai aktiviti sukan, permainan dan kokurikulum akademik melalui gabungan usaha dan kaedah insentif dan ganjaran yang dilaksanakan di sekolah.
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment