Guru & Mewujudkan Keseronokan Bekerja


Salah satu nilai murni dalam Etika Kerja Perkhidmatan Awam yang boleh dihayati dan terkandung dalam Tonggak Dua Belas ialah keseronokan bekerja yang mesti diamalkan oleh setiap penjawat awam agar membentuk perkhidmatan awam yang beretika serta berkualiti. ‘keseronokan’ merujuk kepada prihal keadaan atau rasa seronok, kesedapan sesuatu yang menyebabkan sesorang itu berasa seronok. Manakala ‘bekerja’ pula merujuk kepada melakukan atau menjalankan sesuatu untuk menyelesaikan, menghasilkan atau menyelesaikan sesuatu. Kesimpulannya, ‘keseronokan bekerja’ sebagai seorang guru ialah keseronokan melaksanakan tugas sebagai pendidik bagi melahirkan para pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Keseronokan bekerja akan wujud sekiranya amalan-amalan positif diamalkan iaitu menganggap kerja sebagai ibadat, mempunyai inisiatif sendiri, menghasikan yang berfaedah, mempunyai komitmen terhadap kerja dan bersedia memberi kerjasama.

Keseronokan bekerja dapat dicapai sekiranya kita menganggap tugas yang kita lakukan sebagai ibadat. Dalam Islam bekerja adalah suatu tuntutan, keperluan dan merupakan ibadat yang dituntut oleh Allah SWT. Amalan murni ini seharusnya dilaksanakan dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan ikhlas supaya mendapat balasan yang baik pada hari akhirat kelak. Agama-agama lain juga memberi saranan yang sama ketika melaksanakan tugas atau bekerja. Dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru, ibadat bermaksud segala ilmu yang kita sampaikan kepada para pelajar adalah merupakan amalan yang dilakukan kerana Allah. Guru tidak menharapkan apa-apa juga balasan kerana apabila guru dapat menghayati tugas guru yang juga menjadi amalan atau ibadah dan wujud rasa seronok itulah sebenarnya kemuncak tugas guru. Perasaan ini bukan sahaja dirasai oleh seorang guru, malah rakan guru yang juga di sekolah bersikap begitu. Sesungguhnya keseronokan bekerja itu merupakan suatu nilai yang sangat tinggi. Bila wujud perasaan seronok, kerja dibuat dengan 100% ikhlas, sukarela dan faktor inilah yang akan dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Bukan setakat itu sahaja, malah kualiti pengajaran dan pembelajaran pasti akan dapat terus ditingkatkan demi kecemerlangan prestasi akademik. Oleh yang demikian, sebagai guru, wajib mengamalkan dan menghayati nilai-nilai murni seperti yang terkandung dalam Tonggak Dua Belas iaitu keseronokan bekerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di sekolah. Selain untuk mencapai Cabaran Wawasan 2020, iaitu melahirkan masyarakat yang berjiwa bebas, berkeyakinan terhadap diri sendiri, berbangga dengan apa yang dicapai serta cekap menghadapi rintangan dan sentiasa mengejar kecemerlangan atau dalam erti kata lain pengwujudan masyarakat yang bebas, merdeka dan cemerlang.

Tugas mendidik pelajar di sekolah, seseorang guru perlu menganggap sebagai menanggung satu amanah dan harapan daripada ibu bapa, yang harus dilaksanakan dengan rasa penuh tanggungjawab dan ikhlas. Manakala hubungan antara guru dengan pelajar, mesti dianggap sebagai hubungan antara bapa dengan anak. Segala usaha ini akan menimbulkan dedikasi, ketekunan, amanah, bertanggungjawab dan ikhlas, contohnya saya seronok mengajar dan pada masa yang sama memberi nasihat dan motivasi kepada pelajar supaya mereka berjaya dalam pelajaran kerana inilah juga harapan ibu bapa mereka. Di sinilah sebenarnya terletak seni keseronokan bekerja dalam erti kata pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah demi memacu kejayaan sekolah.
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment