Saya berpeluang menjadi moderator/pengerusi majlis diskusi PIBG yang dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan PPD Kulaijaya pada 2 minggu yang lalu di SMK Senai. Program yang julung kalinya diadakan telah dihadiri oleh 200 orang peserta dari kalangan YDP dan NYDP PIBG sekolah-sekolah daerah Kulaijaya, pegawai perhubungan polis, pegawai dari JPN Johor dan PPD Kulaijaya. Program berkenaan dirasmikan oleh En. Md Hasidin bin Zaini, wakil Pengarah Pelajaran Johor. Topik diskusi ialah "Peranan PIBG Menjana Modal Insan" yang mengambil masa 4 jam bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
Ahli panel : Y.Bhg Dato Hasbullah Osman (SETPOL) TPM, En. Suratno Paiman (PP BPSH KPM), En. Mohd Solehan Badri (Ketua Komunikasi Korporat KPM) dan Superitenden Zulkifly Yahya, Ketua Polis Daerah Kulaijaya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment