Apa kesudahannya PPSMI yang sejak pelaksanaannya melalui projek perintis lima tahun pada 2003 yang bermatlamat meningkatkan kecekapan pelajar sekolah rendah dalam bahasa Inggeris dibahaskan oleh banyak pihak? Persidangan Meja Bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang berakhir di sini semalam, merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI.
Pilihan itu ialah:
Pilihan itu dirumuskan selepas lima sesi Persidangan Meja Bulat PPSMI diadakan, yang disertai tokoh akademik, penyelidik, parti politik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pakar dari Lembaga Pentaksiran dan Kurikulum Victoria, Australia (VCAA), William Perrin, turut menyertai persidangan semalam. Ia diadakan bagi meneliti serta membahaskan semua laporan kajian, tinjauan dan pemantauan berkaitan PPSMI yang mencetuskan kontroversi berikutan desakan sesetengah supaya kerajaan mengkaji semula pelaksanaannya. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong, pada sidang media selepas mempengerusikan persidangan itu, berkata laporan rumusan berkenaan akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, secepat mungkin sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri.
Adalah diharapkan keputusan oleh Jemaah Menteri berkaitan pilihan-pilihan cadangan berkenaan dapat benar-benar memberi kepuasan kepada semua rakyat negara ini dengan mengambilkira pelbagai faktor impak - keberkesanan pembelajaran, masa depan bahasa Melayu, kompetensi pelajar/murid dan lain-lain yang berkaitan. Jangan hendaknya keputusan itu hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja sedangkan pelaburan yang cukup besar itu tidak berbaloi dengan manfaat yang dicapai apatah lagi ianya membabitkan keseluruhan masa depan anak-anak generasi Malaysia akan datang. Kita harus belajar dari bangsa-bangsa yang maju di dunia - bahasa bukanlah alasan untuk kita maju dengan mengambilkira bangsa dan negara Jepun, Korea Selatan, Perancis, Russia dan sebagainya. Bahasa memperlihatkan jati diri rakyat sesebuah negara.
0 comments:
Post a Comment