MINYAK TURUN HARGA BARANG TAK TURUN


Mulai semalam, harga minyak diturunkan lagi iaitu kali kedua dalam bulan ini dan ketujuh sejak dinaikkan berikutan penyusunan semula subsidi minyak pada 5 Jun lalu, tetapi kita cukup hairan kerana harga barangan semacam sukar untuk diturunkan. Hari ini apabila saya memberi barangan keperluan rumah di sebuah pasar raya dan kedai runcit didapati harga barang yang dinaikkan ekoran kenaikan harga minya satu ketika dulu masih kekal begitu. Ini benar-benar tidak adil kerana yang untung hanyalah golongan peniaga sedangkan pengguna tidak mendapat manfaat ekoran penurunan harga minyak ini. Kerajaan tidak boleh memaksa peniaga menurunkan harga barangan kecuali yang membabitkan barangan di bawah kawalan seperti tepung dan beras. Bagaimanapun, kerajaan boleh bertindak dengan lebih drastik lagi untuk mengambil tindakan jika peniaga menjual barangan dengan harga yang tidak munasabah atau memperkenalkan kaedah baru untuk menangani masalah ini. Contohnya, kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) boleh mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memasukkan peraturan penetapan harga munasabah dalam syarat mendapatkan lesen perniagaan bagi peniaga. Ini bagi membantu usaha kerajaan memantau harga barangan, khususnya makanan masak yang didapati masih mahal walaupun harga minyak sudah diturunkan beberapa kali.

Benar, kempen penurunan harga yang dimulakan sejak Oktober lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada pemilik pasar besar sama ada milik asing atau tempatan, tetapi ia masih tidak memberi kesan menyeluruh. Langkah pasar raya besar seperti Giant, Tesco, Carrefour, Mydin, The Store dan Jaya Jusco juga perlu ikhlas, bukan sekadar menyelitkan harga barangan kawalan itu antara puluhan barangan dalam senarai diumumkan untuk turun harga, melainkan barangan keperluan yang tidak tersenarai dalam barangan kawalan kerajaan. Selain itu, KPDNHEP perlu memperluaskan skop kempen ‘Kedai Harga Patut’ yang dilancarkan pada 2006, untuk turut meliputi ‘Restoran Harga Patut’. Kempen ini boleh dilakukan dan menasihatkan orang ramai supaya jangan makan dan minum di restoran tanpa logo ‘Restoran Harga Patut’. Untuk mendapatkan logo ini daripada KPDNHEP, pegawainya perlu terlebih dulu memeriksa dan menyenaraikan setiap harga patut seperti teh tarik, roti canai dan sebagainya untuk ditampal di hadapan restoran bagi membolehkan pengguna membandingkan harga. Tindakan ini bertujuan memberi tekanan kepada pengusaha, termasuk restoran mamak untuk menurunkan harga, sejajar penurunan harga minyak. Inilah antara kaedah terbaik dalam usaha kita bersama untuk melihat peniaga degil yang tidak menurunkan harga barangan pada kadar munasabah, turut berbuat demikian.
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu! lama benar tidak jumpa cikgu semenjak 1992. Setuju benarlah dengan penyataan cikgu berkenaan harga barang tersebut tetapi bagi saya, ianya agak lembut. apa kata kita buat secara 'kasar' sedikit. mereka ni memang suka demand. apa kata kita demand balik. saya percaya bahawa kuasa membeli adalah pada kita. kita tak mati kalau tak makan barang dia orang ni. masyarakat padah susah hati kalau harga ayam naik masa nak raya. apa kata cuba cara lain. masak menu lain pada hari raya. Saya dah 6 kali raya masak kerang sambal tumis lada culi, daging beku masak kicap dan soon goreng kicap dan kepak frozen buat goreng. bila tiba musim beras mahal yang lepas, orang mengeluh, tapi saya tenang sahaja. kita kurangkan makan nasi, cari alternatif lain. roti canai naik, kita jangan beli. kenapa orang tak boleh pk macam tu? kita pulau! kita pinggirkan! kita tentang! kita terjah! kita tunjuk kuasa kita sebagai pengguna! Barulah pekedai atau associate nya terduduk! Kita kena agresif!Anak kurang ajar, kita lempang! harga barang naik, kita pulau! kita guna ala kadar aje! ikut cara lama. Kalau rumah kita kena masuk penyamun, tak dapat tangkap, jangan marah Polis. Polis ada hati perut jugak. Kita doakan orang tu berubah. Kalau kena lagi, kita doakan dia kena panah petir atau eksiden ngeri, tapi jangan mati, bagi lumpuh sahaja..so that dia akan ingat dan akan mati perlahan2 dengan sengsara. Kalau tak jalan juga (doa tak diluluskan), kita santau dia.Kalau bomoh taknak buat, maki balik bomoh tu! pasal, kalau dia bab nak menjahamkan peniaga melayu yang lain, dia nak tolong, bab nak cari barang hilang, dia cakap orang tak jauh, barang ada lagi..bab nak santaukan penyamun, banyak pulak alasan kepala bapak dia! ok cikgu, saya dah mula naik angin ni..saya pergi mandi dulu.

    ReplyDelete