KEM MUSIM CUTI

TRADISI memenuhi musim cuti sekolah di negara-negara maju sememangnya telah kita ketahui dengan penganjuran pelbagai kem-kem musim panas (summer camp) untuk mengisi masa lapang para pelajar dan membina sahsiah golongan remaja.

Trend tersebut kini menular ke negara ini dengan penubuhan pelbagai kem-kem musim cuti sekolah yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan terutama di kawasan-kawasan berhampiran hutan, air terjun atau pantai.

Perbezaan utama perkhemahan yang dianjurkan oleh pengusaha-pengusaha perkhemahan pelajar di negara ini ialah elemen-elemen keagamaan turut disuntik, selain daripada membimbing remaja untuk menjadi lebih berkeyakinan dan mempunyai jati diri dengan semangat untuk belajar yang lebih tinggi.

Bagi pelajar yang menganggotai pasukan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, kadet tentera dan sebagainya, mereka mempunyai peluang menyertai perkhemahan-perkhemahan mereka sendiri yang bertujuan meningkatkan kemahiran mereka.

Bagaimanapun, para pelajar yang tidak menjadi ahli pasukan beruniform juga boleh menyertai perkhemahan ala kem musim panas kini yang banyak dianjurkan untuk para remaja dan pelajar sekolah bukan sahaja oleh GO, NGO malah syarikat swasta.

Dua minggu lepas saya menghantar 2 orang anak saya menyertai kem musim cuti anjuran Berita Harian di Greenfielsw Resort Kluang Johor selama 3 hari. Saya melihat program seumpama ini cukup baik bukan sahaja untuk mengisi masa cuti dengan aktiviti yang bermanfaat malah melaluinya peserta dapat meningkatkan motivasi kendiri masing-masing melalui pelbagai aktiviti kem sama ada secara indoor atau outdoor. Malah apabila pihak Berita Harian memanggil beberapa personaliti seperti penyanyi Zainal Abidin, Akhil Hayy dan Fazli adalah satu pendekatan yang saya sokong. Remaja memang agak dekat dengan ikon hiburan seperti ini - justeru mengapa tidak kita menggunakannya berbanding dengan personaliti lain.

Bagaimanapun kita juga harus meneliti apabila hendak menghantar anak-anak menghadiri program seumpama ini kerana kini ianya seolah-olah seperti satu bentuk industri oleh sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan. Oleh itu pengisian, kos dan lain-lain perlu dilihat untuk memastikan anak-anak kita benar-benar menyertai program yang boleh memberi manfaat.

Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment