“ Hari ini, kita sedang menyambut Maal Hijrah 1433H bersamaan 2011M. Bagi kita, sambutan ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang telah mengubah senario dan lanskap dunia. Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah dan mampu memerintah dan mentadbir Madinah sekaligus memiliki kerajaan sendiri. Makanya umat Islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan dakwah Islam ke mana sahaja. Begitulah juga kita. Jika kita tidak berani melakukan penghijrahan, maka bangsa kita akan ketinggalan.”
(Petikan Perutusan Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Maal Hijrah 1433H)
0 comments:
Post a Comment