Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

TEKA-TEKI mengenai bentuk pembaharuan yang terkandung dalam Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sudah terjawab apabila pekeliling mengenainya dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kelmarin.  

Saya telah memuaturun Pekeliling Perkhidmatan Bil 11 Tahun 2011 yang berkaitan dengannya dan sempat menelitinya di samping beberapa fail PPT bahan taklimat SBPA yang saya peroleh daripada beberapa laman internet sebagai bacaan awal kerana semua Pengetua/Guru Besar akan diberikan taklimat berkaitan dengannya pada 14 Disember akan datang. Berdasarkan pekeliling itu, pembaharuan yang dilakukan itu adalah selari agenda transformasi negara yang memberi cabaran kepada kakitangan awam untuk meningkatkan produktiviti, setimpal dengan pemberian gaji dan imbuhan kerajaan.

Di bawah saya turunkan 3 slide untuk memberikan kefahaman kepada guru berkaitan pertukaran nama gred, contoh pemindahan gaji dari SSM ke SBPA dan contoh quantum pemindahan gaji dan kenaikan pangkat dalam gred. Selebihnya bolehlah membaca dan memahaminya melalui surat pekeliling yang berkaitan dan perkara-perkara penting/menarik berkaitan dengannya.




Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment