Nostalgia Guru Kecil

Malam tadi sempat membelek semula facebook yang dah lama tak dijengah. Inilah antara manfaat fb yang antaranya dapat bertemu semula dengan anak-anak didik walaupun hanya di alam siber. Diam tak diam  tahun ini genap 20 tahun rupanya saya menjadi guru sejak  1991 yang lalu. Bila melihat gambar ini, teringat saya kepada kelas 5Akaun  yang saya menjadi guru kelasnya. Inilah kelas  kategori  paling tinggi pencapaian akademiknya daripada 12 kelas tingkatan 5 di sekolah pertama saya  ditempatkan sebagai guru - sebuah kawasan FELDA di daerah Kota Tinggi. Kelas 5 Akaun ini adalah antara kumpulan pelajar yang akan  terus saya ingati kerana kehebatan anak-anak muridnya dalam akademik, kegigihan mereka untuk menjadi anak FELDA yang berjaya, kemahiran insaniah yang mereka miliki, kejelekitan dalam kumpulan yang membawa menjadi team yang cukup ampuh dan sentiasa menghormati guru-gurunya. Foto ini ialah majlis ringkas mereka  meraikan hari jadi saya semasa mereka menghadiri kelas tambahan Matematik di bilik matematik 16 tahun yang lampau. 

Kini anak-anak ini telah dewasa dan masing-masing telah berjaya dalam pelajaran dan karier masing-masing dan mungkin sebahagiannya lebih berjaya daripada gurunya. Tahniah. Inilah kebahagian yang dapat dinikmati oleh manusia yang bergelar guru  iaitu "apabila mendengar anak-anak muridnya berjaya". Insyallah saya juga mengharapkan anak-anak sendiri dapat mengikuti jejak langkah anak-anak didik ini.

Coretan  dalam facebook :


celebrate besday kt bilik panatia matematik... semeka 1996
 ·  ·  · Kongsi · 2hb Ogos 2010
  • Zurainee Mohd Noh sukakan ini.
    • Abi Kaseh Khadeeja peh,bila ni? hilang ingatan aku pasal gambar ni. hahahaha
      pada 3hb Ogos 2010 pukul 6.59 ptg · 
    • Inansa Hasia Haha...seronok aku tgk gambo ni...dulu aku ada simpan..tp dah ilang...besar betul spec aku...haha
      pada 3hb Ogos 2010 pukul 9.54 ptg · 
    • Inansa Hasia tu cikgu azman adnan kn...cikgu bm kita...
      pada 3hb Ogos 2010 pukul 9.55 ptg · 
    • Siti Mira Dann hahahah itu cikgu azman adnan ajar kita bm sampai seua org dpat A... tq cikgu...
      pada 5hb Ogos 2010 pukul 10.03 pagi · 
    • Nurul Hidaya Miswan cikgu yg sangat aku kagumi... Bercakap macam bahasa dlm buku... Kata2 tersusun dan sangat tertib...
      pada 5hb Ogos 2010 pukul 10.19 pagi · 
    • Siti Mira Dann jom la kita jumpa dia nanti.. dia dh jadi pengetua kat skolah men bandar putra... dkt sgt ngan umah aku....
      pada 5hb Ogos 2010 pukul 11.09 pagi · 
    • Habibah Hasan idola aku tu... minat giler dulu. betul la yam, mmg majoriti bdk klas kita dpt A dlm BM kan? sbb tu la aku cuba nk jd cam dia skrg bila mngajar. ngajar bsungguh2..
      pada 5hb Ogos 2010 pukul 9.38 ptg · 
    • Zurainee Mohd Noh aku ada gambo tu gak baru jumpa album lama...nanti aku load gambar lama ek..............
      pada 5hb Ogos 2010 pukul 10.29 ptg · 
    • Azman Adnan anak-anak......cikgu dah ingat gambar ni.....hakim anak cikgu yang sulong skrg dah form 5.....apa khabar semua?
      pada 5hb Ogos 2010 pukul 10.48 ptg · 
    • Azman Adnan Terima kasih kerana telah menjadi orang yang hebat2........
      pada 5hb Ogos 2010 pukul 10.49 ptg · 
    • Zurainee Mohd Noh khabar baik cikgu.......masih terkenang kisah lama....rindu....
      pada 5hb Ogos 2010 pukul 11.32 ptg · 
    • Habibah Hasan salam cegu azman, sihat alhamdulillah cegu..tq sbb mengajar kami dulu, krim salam pada cegu Lat ye..
      pada 6hb Ogos 2010 pukul 12.54 pagi · 
    • Abi Kaseh Khadeeja asalamualaikum cikgu.. bg la kitaorg add cikgu2 yg lain. tq sbb curah ilmu kat kitaorg suma dlu. hanya Allah yg dpt bls. cikgu memang hebat. amin
      pada 6hb Ogos 2010 pukul 1.58 ptg · 
    • Nary Amir one of my fav teacher!
      pada 6hb Ogos 2010 pukul 3.20 ptg · 
    • Nurul Hidaya Miswan tq teacher...
      pada 6hb Ogos 2010 pukul 3.33 ptg · 
    • Siti Mira Dann nurul ... yam ngah online ngan cikgu azman
      pada 6hb Ogos 2010 pukul 3.36 ptg · 
    • Nurul Hidaya Miswan tak sempat la nak bukak laptop.. Ngan phone takleh chat..
      pada 6hb Ogos 2010 pukul 3.49 ptg · 
    • Nurul Hidaya Miswan tak sempat la nak bukak laptop.. Ngan phone takleh chat..
      pada 6hb Ogos 2010 pukul 3.49 ptg · 
    • Siti Mira Dann heheheh... ngah bergosip nih...
      pada 6hb Ogos 2010 pukul 3.51 ptg · 
    • Zurainee Mohd Noh wey x der kerja ker ajak cikgu bergosip.........mlm tadi aku bergosip gak ngan dia.....
      pada 6hb Ogos 2010 pukul 7.37 ptg · 
    • Noraida Muhammad Abu Kari majority pakai baju smart Q...sape ade lg baju ni?...aku ade kot dlm bungkusan..ntah muat lg tk
      pada 8hb Ogos 2010 pukul 12.11 pagi · 
    • Norazimah Othman my BM (SPM)=A1 teruk kena buat banyak latihan tapi berbaloi-baloi....:)
      pada 8hb Ogos 2010 pukul 12.19 pagi · 
    • Fauziah Dzulkaflee terima kasih cikgu..jasamu akan ku kenang..my BM also A1..:)
      pada 8hb Ogos 2010 pukul 2.24 pagi · 
    • Nurul Hidaya Miswan me too.. Terima kasih yg tak terhingga... Ajaran cikgu masih lagi saya amal dan skg diperturunkan lagi kepada anak didik saya...
      pada 8hb Ogos 2010 pukul 2.26 pagi · 
    • Azman Adnan wah.....hebat2 semua...cuba senaraikan kawan2 dalam kelas, kat mana dah dah jadi apa sekarang..........saja nak tahu kemenjadian anda semua....
      pada 8hb Ogos 2010 pukul 7.39 pagi · 
    • Abi Kaseh Khadeeja kemenjadian....ayat bahasa kelas tinggi ni cikgu..bdk2 ni bukan faham pun cikgu. hehehe
      pada 8hb Ogos 2010 pukul 3.59 ptg · 
    • Siti Mira Dann wey.. aku paham la... aku dh jadi accountant plus part time lecturer.. heheheh ajar taxation ler...
      pada 9hb Ogos 2010 pukul 9.17 pagi · 
    • Nurul Hidaya Miswan saya cuma jadi cikgu jer.. Ajar anak2 tulis baca..
      pada 9hb Ogos 2010 pukul 9.20 pagi · 
    • Siti Mira Dann ha.. kalu tk pandai tulis n baca.. camne nk jadi menteri .. tul tk nurul.... mcm cikgu2 didik kite ler...
      pada 9hb Ogos 2010 pukul 9.21 pagi · 
    • Nor Ainiza cikgu yg dikagumi..terima kasih cikgu..:-)
      pada 10hb Ogos 2010 pukul 10.29 pagi · 
    • Zurainee Mohd Noh mana ketua darjah nie....jawab le apa yg cikgu azman tanya......
      pada 10hb Ogos 2010 pukul 8.30 ptg · 
    • Inansa Hasia sy pun cikgu gak....hehe
      pada 15hb Ogos 2010 pukul 4.25 ptg · 
    • Azman Adnan 
      tak kiralah apa yang u all jadi sekarang ni.......yang penting semuanya dah berjaya...dan itu semua adalah berkat adanya cikgu.....bermula dgn mak dan abah yang pertama jadi cikgu ajar makan, minum, pakai dan berjalan, cikgu mengaji yang pandaikan kita alif, ba, ta....dan cikgu sekolah yang pandaikan kita menulis dan membaca...........kita semua adalah guru....cuma gelanggang sahaja yang membezakan kita. Tahniah anak-anak semua.
      Habibah : Cikgu Lat tak ada, yang ada cikgu Lot. Now dia skrg di segamat.
      CT Mira : Dah dekat, bila nak belanja cikgu?
      Nuru & Inansa : Tahniah kerana ikut jejak jadi guru. Jadilah guru yang berilmu.
      Zurainee : kat TEKUN tak ada peluang untuk cikgu2 ke?
      Ainiza : Kat mana sekarang? Dulu tak banyak bercakap tapi BM1 bagus
      Hidayat : Anak dah berapa sekarang? Salam saya buat abah, lama benar saya tak ke adela.
      Narimah : Yang sangat mudah dikenali sebab tahi lalat.
      Fauziah : Anak comel2.
      Norazimah : Dulu karangan memang bagus.......
      pada 15hb Ogos 2010 pukul 6.12 ptg · 
    • Zurainee Mohd Noh peluang utk aper...cikgu pun nak buat pinjaman jugak ker...?hi..hi..hi..
      pada 15hb Ogos 2010 pukul 9.25 ptg · 
    • Azmi Sahar 
      Salam perjuangan untuk semua....Alhamdullilah, kami berada dalam posisi anak murid yang boleh membanggakan cikgu... nama cikgu azman adalah ikon kemuncak kualiti perguruan dalam memajukan anak bangsa. Segala ilmu dan tunjuk ajar cikgu amat dihargai dan disanjung tinggi. Terima kasih cikgu.... kami doakan cikgu dan keluarga diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang sempurna dan sentiasa berada dalam perlindungan Ilahi. Selamat menunaikan ibadah puasa dan Selamat menyambut hari raya... maaf zahir batin.
      pada 4hb September 2010 pukul 1.23 ptg ·  ·  1
    • Siti Mira Dann cikgu... tunggu la bila leh lunch nanti... skg pose ler... nanti ada rezeki sy roger la cikgu...
      pada 4hb September 2010 pukul 1.27 ptg · 
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment