Khabar gembira pada sambutan hari guru isnin ini?
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan khabar gembira buat warga pendidik bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut, sebaliknya berkata: “Insya-Allah, tunggulah...”. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama warga pendidik Pahang di sini hari ini, Muhyiddin berkata, cabaran baru warga pendidik kini amat mencabar dalam usaha kerajaan mencapai hasrat menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. "Paling utama ialah soal menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan sasaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020,” katanya. Bernama 14/5/2011Petikan di atas merupakan kenyataan YABM kita yang kita nanti-nantikan sempena perayaan hari guru pada 16 MEI pada tahun ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar pengumuman beliau nanti adalah pengumuman yang memberikan kegembiraan, kelegaan, pengiktirafan dan penghormatan kita sebagai guru dan profesion pendidikan di negara ini. Mudah-mudahan jika iaya berupa insentif atau apa sahaja akan semakin memotivasikan kita menjadi pendidik yang hebat, agar ungkapan guru menjana tranfsformasi pendidikan negara akan menjadi realiti, Insyallah.
0 comments:
Post a Comment