Selepas Keputusan SPM......


Salam,

23 Mac 2011 yang lalu  keputusan SPM 2010 telah diumumkan dan pastinya semua pelajat telah pun mengetahui keputusan masing-masing. Pada tarikh berkenaan juga sekolah saya mengadakan Majlis Graduasi untuk semua calon SPM 2010. Pada hari berkenaan semua pelajar akan menerima sijil graduasi dan keputusan peperiksaan SPM. Pada tahun ini walaupun saya dijemput menghadiri majlis pengumuman di peringkat negeri dan menerima anugerah atas pencapaian cemerlang sekolah, saya sekadar mewakilkan kepada Penolong Kanan kerana ingin bersama dengan hari kemenjadian anak-anak saya di sekolah. Itulah hari semua guru termasuk saya ingin bertemu dengan semua pelajar dan ibu bapa yang memang sejak sekian lama ternanti-nanti keputusan SPM berkenaan. Alhamdulillah keputusan yang diperolehi amat memberangsangkan apabila kelulusan kekal 100% dan GPS meningkat kepada 2.39 berbanding tahun sebelumnya iaitu 2.54 di samping seramai 19 orang memperolehi semua A dalam semua subjek serta seorang memperoleh perfect score A+. Berdasarkan pengamatan, ada pelajar yang menangis/sedih/gembira dan bermacam macam perasaan dan emosi pada hari berkenaan. Kepada yang memperoleh perfect score dan near miss perfect score saya ucapkan tahniah berganda dan kekalkan momentum kecemerlangan anda pada masa hadapan kerana pada  masa hadapan banyak lagi cabaran yang perlu di tempuhi. Bagi pelajar yang tidak memperoleh perfect score apa yang anda peroleh sebenarnya adalah keputusan cemerlang berbanding calon dari sekolah yang lain yang gagal (tiada calon yang gagal di sekolah ini) dan  ini bukan beerti anda tidak cemerlang seumur hidup anda. Banyak lagi peluang yang ada di depan mata. Secara keseluruhannya pencapaian semua pelajar dalam lingkungan 5A – 10 A dan selebihnyanya B+ yang melayakkan anda untuk melanjutkan pelajaran di menara gading.

Analisis keputusan SPM 2010 tahun ini amat baik berbanding dengan 4 tahun yang lalu. Berikut adalah petikan daripada akhbar  Utusan Malaysia:

PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun dengan 368,559 calon berjaya memperolehi sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya.  Daripada jumlah itu, sebanyak 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat keputusan gred cemerlang berbanding 7,987 pada 2009. 

Sehubungan itu selepas keputusan diketahui anda seharusnya member tumpuan menilai dan menentukan pengajian dan universiti mana yang perlu di pilih. Yang penting sekali kursus dan pengajian universiti manakah menjadi pilihan anda. Jangan tersalah pilih kursus yang akhirnya boleh menjejaskan impian kerjaya yang anda idamkan. Berikut adalah beberapa tip untuk bakal pelajar universiti untuk memilih kursus pengajian di universiti kelak:

1. Pilih kursus/pengajian berdasarkan minat anda. 
2. Pastikan kursus anda itu ada masa depan iaitu ada peluang pekerjaan yang luas.
3. Buat sedikit kajian tentang prospek peluang pekerjaan mana yang tinggi pada masa kini dan pada masa anda akan habis pengajian universiti nanti.
4. Baca apa juga media dan sumber  – cetak/elektronik dan buat analisa pada bahagian mencari kerja.
5. Pastikan pilihan anda berdasarkan keputusan SPM anda. Contoh, anda nak jadi jurutera, tetapi anda tak ambil pun bidang fizik, kimia dan etc sebagai asas anda.
6. Jangan ikut kawan.
7. Rujuk sumber semasa – perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, portal kemasukan university, portal penajaan biasiswa dan lain-lain.
8. Sediakan salinan dokumen – keputusan peperiksaan dan lain-lain lebih awal dan dapatkan pengesahan Pengetua/Pegawai A untuk memudahkan anda berurusan berkaitan kemasukan dan penajaan.


RUJUKAN :


1. Portal Kemasukan Ke IPTA (UPU)
2. Portal Jabatan  Perkhidmatan Awam - Penajaan
3. Sistem Maklumat Atas Talian JPA - eSila


Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment