Graduasi dan Keputusan SPM - Tahniah SMKBP

PETIKAN AKHBAR :


MAJLIS GRADUASI MENJADI PENIUP SEMANGAT KEJAYAAN MURID
- 159 murid berjaya meletakkan SMKBP sebagai sekolah terbaik

Kulaijaya - Seramai 159 orang calon SPM SMK Bandar Putra telah menerima sijil graduasi dan keputusan peperiksaan SPM 2010 dariapada Dr A’Azmi bin Sahri, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia di Dewan Perdana Putra di sini.

Pengetuanya, Azman Adnan berkata, “majlis graduasi diadakan setiap tahun sebagai perayaan tradisi sekolah ini pada tarikh keputusan SPM diumumkan sebagai pengiktirafan kepada kejayaan cemerlang calon-calon SPM yang menamatkan persekolahan di sini. Majlis ini juga diadakan pada tarikh SPM diumumkan sebagai kemuncak kepada usaha gigih seluruh warga sekolah bagi memastikan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM”

“ Saya bersyukur kerana pada tahun 2010 peratus kelulusan SPM sekolah ini kekal 100% sejak tahun 2004 dan sekali lagi berjaya meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS) daripada 2.54 kepada 2.39 sekaligus meletakkan sekolah ini sebagai sekolah terbaik di daerah Kulaijaya dan kedudukan 10 sekolah terbaik di negeri Johor di samping mengatasi pencapaian SPM di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.”

“ Seramai 19 calon yang menerima semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil pada tahun 2010 juga turut menerima Anugerah Khas Pengetua daripada A’Azmi. Selain daripada itu Ho Zhen Han yang menerima 9A+ dalam semua mata pelajaran turut dinobatkan sebagai calon terbaik sekolah di samping menerma penghargaan sebagai antara calon cemerlang negeri Johor dan kebangsaan,”

“Pihak sekolah juga amat bersyukur kerana Dr A’Azmi dalam ucapan perasmiannya turut mengumumkan sumbangan buku kepada perpustakaan sekolah ini berjumlah 620 naskah yang telah diserahkan dan sumbangan buku seterusnya bernilai RM65,000.00 yang akan diserahkan secara berperingkat. Adalah diharapkan sumbangan buku ini akan dapat memberi manfaat besar kepada semua pelajar sekolah ini,”





Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment