Petikan Akhbar : Bola Sepak Juara Lagi

Kulaijaya – Pasukan Bola Sepak Lelaki 15 tahun SMK Bandar Putra, Kulaijaya, telah berjaya mempertahankan kejuaraan Bola Sepak L15 Tahun, MSSD buat kali kedua berturut-turut.

Pengetuanya Azman Adnan berkata , “Kejohanan yang berlangsung pada pada 23-25 Mac 2011 disertai oleh 16 buah sekolah menengah sekitar daerah Kulaijaya”

“ Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang IOI Mall, SMK Bandar Putra telah berjaya menewaskan pasukan SMK Bandar Tenggara dengan jaringan 3-0,”

“Apa yang lebih membanggakan pencapaian Pasukan L15pada tahun ini amat memberangsangkan kerana telah memenangi semua perlawanan dari peringkat kumpulan hingga ke perlawanan akhir dengan jumlah keseluruhan jaringan 20 gol dan hanya bolos 1. Di peringkat kumpulan SMK Bandar Putra telah menewaskan SMK Taman Putri 6-0, menewaskan SMK Kulai Besar 1-0 dan menewaskan SMK Indahpura 2-0. Pada peringkat suku akhir mengalahkan SMK Kelapa Sawit 4-0 dan menewaskan SMK Kangkar Pulai 4-1 pada peringkat separuh akhir’”

“Kejayaan berganda pada tahun ini adalah hasil usaha dan latihan intensif pasukan ini sejak tahun 2010 dalam usaha mempertahankan kejuaraan di samping bimbingan oleh guru-guru yang bertindak sebagai jurulatih.” katanya lagi.
Semua hadiah telah disampaikan oleh Pengetua SMK Bandar Putra pada majlis selepas perlawanan akhir berkenaan.


Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment