Benchmarking/Penandaarasan
Benchmarking atau dalam istilah bahasa Melayu iaitu penandaarasan merupakan satu proses mencari amalan yang terbaik (best practices) yang di amalkan oleh sesebuah organisasi. Menurut Wikipedia Benchmarking is the process of comparing one's business processes and performance metrics to industry bests and/or best practices from other industries. Dimensions typically measured are quality, time and cost. Improvements from learning mean doing things better, faster, and cheaper. Dalam konteks pendidikan misalnya, sekolah yang diketegorikan sebagai terbaik, unggul, berkesan, cemerlang atau berprestasi tinggi hendaklah dicontohi dan seterusnya menjadikan amalan sekolah-sekolah sebagai model untuk dipraktikan. Menurut Goetsch et.al (2000), penandaarasan adalah proses pencarian rahsia kejayaan organisasi lain supaya maklumat tersebut dapat digunakan oleh organisasi untuk mengurangkan jurang dengan organisasi dalam kategori terbaik kelompoknya . Proses penandaarasan sekolah di negara kita perlu dilihat sebagai satu usaha ke arah meningkatkan prestasi sekolah secara ‘holistik’ dan menyeluruh. Pengurusan sekolah mesti peka dan memastikan perkara berikut diberi penekaan dan keutamaan untuk memastikan organisasi sekolah sentiasa ditambahbaik :
(a) Mengenalpasti proses penambahbaikan yang diperlukan
(b) Mencari sekolah mana yang perlu dijadikan contoh
(c) Mengkaji amalan terbaik sekolah yang menjadi contoh
(d) Mencarai perbezaan amalan untuk dibandingkan
(e) Melaksanakan amalan terbaik di sekolah masing-masing
Sayugia diingatkan bahawa organisasi sekolah wujud dalam persekitaran yang sentiasa berubah dulu, kini dan masa akan datang. Justeru, jika kita mahukan perubahan prestasi sekolah mencapai tahap kecemerlangan cara dan keadah baru perlu diperkenalkan, dipraktikan dan diberikan keutamaan. Penandaarasan merupakan “improvement tools” atau antara jawapan yang boleh dicadangkan untuk menjulang prestasi sekolah. Sekiranya pendekatan ini hendak digunakan hendaklah dilaksanakan dengan perancangan yang betul dan komitmen tinggi warga sekolah.
Tardapat 3 pendekatan dalam konsep penandaarasan ini. Pertama ialah penandaarasan dalaman. Pendekatan ini boleh dilakukan dengan mengkaji amalan dalaman sekolah yang terbaik yang sedang dilakasanakan oleh sekolah. Amalan ini akan dikenalpasti dan seterusnya diamalkan secara menyeluruh di dalam semua proses yang sama di dalam sekolah itu sendiri. Melalui kaedah ini, amalan terbaik boleh dipindah secara bersilang. Contohnya apa yang diamal dalam panitia boleh dilaksanakan dalam unit sukan.. Penandaarasan ini tidak banyak memerlukan bajet kerana semua maklumat boleh diperolehi secara dalaman. Isu “confidentiality” tidak timbul kerana cara maklumat diperolehi tidak rumit kerana maklumat tersebut adalah maklumat dalaman.
Kedua ialah penandaarasan antara sekolah. Ia merupakan satu usaha mencari amalan yang terbaik daripada sekolah lain khususnya dalam kelompok yang sama. Usaha ini agak sukar kerana sekolah perlu mencari dan mempelajari amalan terbaik yang menjadi rahsia sekolah lain (sekolah swasta, sekolah jenis kebangsaan,sekolah antarabangsa, sekolah agama dan sekolah berasrama penuh). Usaha hanya boleh dilakukan perkongsian pintar seperti lawatan dan sebagainya dan kaedah ini adalah yang paling popular diamalkan oleh sekolah-sekolah. Bagi sekolah bantuan penuh kerajaan kesulitan mendapat maklumat sekolah tidak kerana semua sekolah berada di bawah satu kementerian yang sama. Perkongsian maklumat secara telus di antara sekolah-seoalah boleh membantu mempercepatkan proses penambahbaikkan berlaku.
Pendekatan ketiga ialah penandaarasan bertaraf dunia yang banyak pihak mensifatkannya sebagai yang paling mencabar. Pendekatan ini memerlukan pengetua sekolah mengetahui sekolah mana yang menjadi peneraju sekolah cemerlang di dunia. Penandaarasan ini melibatkan kajian terhadap proses yang terbaik yang diamalkan oleh sekolah di peringkat antarabangsa yang menerajui industri pendidikan yang berkaitan dan juga yang tidak berkaitan dengan sekolah. Pendekatan ini memerlukan pihak pengurusan mengkaji banyak amalan sekolah cemerlang yang ditemui.. Bajet yang diperlukan juga agak besar. Kadang-kadang usaha ini memerlukan persefahaman bersama di antara sekolah dengan sekolah lain yang hendak dijadikan model. Kini banyak sekolah sudah memulakan program pengantarabangsaan dan pastinya dapat memanfaatkan elemen penandaarasan ini.
Dalam konteks Malaysia kerajaan telah mengeluarkan garis panduan berkaitan penandaarasan ini melalui Garispanduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam (PKPA) Bil 1/1999) untuk diamalkan dan dijadikan rujukan.
Assalam.. saudara,bagaimanakah proses penandaarasan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang menghadapi masalah yang boleh dianggap kritikal? Sudikah berkongsi pendapat dan pendangan?sekian , terima kasih.
ReplyDelete