BERIKUT adalah intipati Belanjawan 2012:
* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.
* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun
dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan
perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.
* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas
pembayaranfaedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara
perjanjianpinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun
danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan
perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian
cukaipendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah
di KLIFD.
* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dantraksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
* KDNK diunjur berkembang lima hingga enam peratus pada 2012.
* Sejumlah RM232.8 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan semua rancanganpembangunan kerajaan.
* Pendapatan kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM186.9 bilion pada 2012berbanding RM183.4 bilion pada 2011.
* Defisit belanjawan dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNKberbanding 5.4 peratus pada 2011.
* Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara
berfasa pada2012, merangkumi perkhidmatan hospital swasta, perkhidmatan
pakar perubatan danpergigian, arkitek, kejuruteraan, perakaunan dan
percukaian, perundangan,perkhidmatan kurier, perkhidmatan pendidikan dan
latihan serta perkhidmatantelekomunikasi.
* Inisiatif ini akan membolehkan hak pegangan ekuiti asing sehingga 100 peratus dalam subsektor terpilih.
*"Rolling plan" kedua akan diperuntukkan RM98.4 bilion dengan RM49.2 bilionmasing-masing untuk 2012 dan 2013.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.
* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun
dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan
perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.
* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas
pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat
cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun dan
pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan
perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian
cukai pendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah
di KLIFD.
* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dan traksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
* Valuecap Sdn Bhd akan menyediakan RM200 juta sebagai dana permulaan bagi Dana Dagangan Bursa yang mematuhi Syariah.
* Felda Global Ventures Holding akan disenaraikan di Bursa Malaysia
pada pertengahan 2012 bagi mengumpulkan dana untuk menjadi sebuah
syarikat berstatuskonglomerat global.
* Kerajaan akan memberikan kadar cukai konsesi 10 peratus ke atas
dividenpelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu dalam
amanah pelaburanhartanah bagi lima tahun dari 2012 hingga 2016.
* Satu skim Dana Pembiayaan PKS yang mematuhi Syariah berjumlah RM2
bilionakan dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih pada 2012.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi SME Revitalisation
Fund yangakan diuruskan oleh SME Bank dan akan ditawarkan pada Januari
2012.
* Kerajaan akan menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta untukmembantu PKS yang terlibat dengan bencana alam.
* Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi kereta hibrid dankereta elektrik dilanjutkan sehingga 2013.
* Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkandengan peruntukan RM420 juta.
* Kerajaan mencadangkan pengusaha hotel di Semenanjung Malaysia yang
melaburdalam hotel empat dan lima bintang baharu, diberikan galakan
taraf Perintisdengan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus atau Elaun
Cukai Pelaburan 60peratus bagi tempoh lima tahun.
* Kadar cukai keuntungan harta tanah akan dikaji semula.
* Kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh Syariahberjumlah RM500 juta pada kadar keuntungan yang menarik.
* Kerajaan mencadangkan perkhidmatan reka bentuk industri diberi
galakanTaraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70
peratus selama lima tahun.
* Kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektorpertanian.
* Kerajaan mencadangkan menaikkan had harga rumah di bawah Skim Rumah
Pertamaku daripada maksimum RM220,000 kepada RM400,000 bermula Januari
2012.
* Di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sejumlah 7,700 rumah
akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit
Raja pada 2012.
* Pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah di bawah PR1MA.
* RM443 juta diperuntukkan bagi pembinaan 8,000 unit untuk jualan dan 7,000unit untuk disewa di bawah Program Perumahan Rakyat.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta sebagai subsidi bagi 10,000
unit rumah yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. Setiap
rumah dengan kos RM65,000, akan dijual dengan harga RM45,000 dengan
kerajaan memberi subsidi baki RM20,000.
* RM40 juta diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM63 juta pada 2012 untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai.
* Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada
isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Peserta boleh
memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
* MARA akan menyediakan pembiayaan modal kepada warga syarikat
korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti serta pengambilalihan
syarikat berasaskankonsep "Management Buyout".
* Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan
usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah.
* Kerajaan mencadangkan peruntukan bagi TEKUN dinaikkan kepada RM300 juta.
* Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion bagi
pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita. Daripada
jumlah ini, RM100 juta disediakan untuk usahawan India Malaysia dan
RM100 juta lagi bagi usahawan Cina.
* Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem bagi surat cara perjanjianpembiayaan mikro kredit.
* MyCreative Venture Capital akan ditubuhkan dengan dana permulaan RM200 juta.
* RM200 juta diperuntukkan bagi latihan dan kemahiran belia menerusi Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY1Malaysia).
* Kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk membina 150 gelanggang
futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai.
* RM50 juta diperuntukkan untuk membina kemudahan padang tiruan yang
dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara.
* Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM30 juta untuk
mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya di
kejohanan sukan peringkat antarabangsa.
* Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diperkenalkan bagi
menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), selain menambah baik
struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan
mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat
kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.
* Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80
hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu bagi penjawat awam yang
menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7
hingga 13 peratus.
* Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.
* Mulai tahun 2013, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan
pencen pesara sebanyak 2 peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang
semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.
* Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58
tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan
awam.
Sumber : BERNAMA
Catatan :
Teks penuh boleh dimuaturun di belanjawan dan lampiran
Blogger Comment
Facebook Comment