Apabila
kita membaca buku Sejarah Melayu pastinya kita menemui teras ceritanya iaitu
lima bersaudara – Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu yang dikaitkan dengan
mahaguru mereka iaitu Aria Putera daripada Bukit Panchalusa. Setelah tamat
perguruan Hang Tuah bersaudara kembali ke Melaka dan berjaya menjadi pembesar
istana setelah membantu menyelesaikan masalah lanun yang menjadi ancaman
penduduk Melaka ketika itu Kisah mereka amat hebat sehinggalah Hang Jebat mati
dibunuh oleh Hang Tuah dalam peristiwa yang penuh tragis.
Itulah
kisah lagenda kira-kira 500 tahun lalu yang tersebar ke seluruh nusantara. Hang
Tuah lebih dikenali berbanding ilmuan lain mengatasi kemasyhuran Tun Perak.
Malah tiada ditonjolkan ilmuan Melayu dalam bidang perubatan dan sebagainya
selain keluarbiasaan Hang Tuah dalam persilatan. Guru-guru silat juga
digambarkan mengajar di pergunungan yang pastinya di gua-gua yang jauh dari
masyarakat. Anak murid yang berjaya akan pulang membawa kehebatan ilmu guru
berkenaan. Itulah gambaran keilmuan guru pada 500 tahun dahulu di Melaka.
Kini
kehebatan seseorang tidak lagi ditentukan oleh ilmu persilatan, sebaliknya
pelajar yang ingin membina kehebatan perlu tahu ilmu-ilmu lain seperti ICT,
matematik, sains tulen, sains sosial, keagamaan dan lain-lain. Manakala guru
pula tidak perlu berada di pergunungan menunggu anak murid dating. Kini guru
berada di sekolah dan menara gading dengan murid tidak perlu lagi mendaki
gunung sebaliknya hadir bertemu mereka menaiki bas, motorsikal atau kereta.
Justeru,
pada zaman Hang Tuah dalam konteks keilmuan guru, semakin klasik ilmu yang
dimiliki para guru semakin dia berhikmat tetapi kini sebaliknya. Pada zaman
langit terbuka dengan pelbagai kegilaan gadget yang semakin canggih dalam
meneroka maklumat – smartphone, android,
tablet, netbook, ebook dan lain-lain maka semakin banyak guru menguasai
disiplin ilmu kontemporari semasa semakin hebat dan bijaksanalah guru
berkenaan. Apatah lagi guru kini berhadapan denzan zaman anak murid dari kalangan generasi Y yang serba mencabar ini.
Kini
masyarakat bukan lagi memandang guru berdasarkan kehebatan umpama guru silat
pada zaman Hang Tuah. Oleh itu adalah tidak wajar sekiranya guru hanya memiliki
ilmu-ilmu lama tanpa memperbaharui ilmu serta kaedah pendidikan yang
kontemporari. Lebih malang lagi sekiranya anak-anak murid yang serba cerdik dan
matang kini diajar pula oleh guru yang klasik ilmunya. Sehubungan itu jadilah
guru yang cerdik yang dapat mengembangkan ilmu sesuai dengan perkembangan
zamannya. Guru perlu terus ‘top up’
ilmu-ilmunya. Lagi banyak ilmu merentas disiplin, lagi hebatlah guru berkenaan.
Contohnya, guru pendidikan Islam tidak mesti hanya tahu ilmu tauhid, ibadat,
muamalat dan disiplin Islam sahaja sebaliknya perlu menguasai ilmu ICT, sains,
matematik, bahasa dan sebagainya. Jika situasi ini berlaku maka bertambah versatilelah guru berkenaan.
Moralnya,
kita kalangan guru perlu terus belajar kerana ia bagaikan memahat ilmu pada
batu, ia mudah melekat dan lebih berguna khususnya kepada guru-guru mudah yang
masih punya kekuatan kudrat minda dan fizikal. Semoga semua guru menjadi
masyhur bukan kerana pandai bersilat untu berperang dengan orang tetapi kita
menjadi masyhur kerana bijaksana dalam membangunkan modal insan kita. Inilah
perbezaan kita dengan guru pada zaman Hang Tuah.
Blogger Comment
Facebook Comment