Generasi X, Y dan Z - Pandangan dan Renungan


 Banyak perbincangan dibuat berkaitan perkembangan generasi. Istilah Gen X, Y dan Z sudah menjadi perbincangan umum dewasa ini.

 Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:




1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom
    (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini)  – Generasi Z 

Dalam aspek gaya hidup, kebanyakan penulis mengklasifikasikan gaya hidup mengikut gaya hidup remaja ketika waktu 'teenagers of the day', yang merujuk kepada jangkamasa waktu tersebut mereka berumur sekitar 12 tahun sehingga 10 tahun berikutnya sekitar berumur 20an. Walaupun klasifikasi gaya hidup ini berdasarkan gaya hidup di negara-negara barat, kita masih boleh mengambil sebagai rujukan.

Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. X, Y, Z adalah semua sememangnya pemastautin siber. Generasi X, Y dan Z adalah generasi muda atau disebut juga Net Generation iaitu merujuk kepada perkembangan internet pada zaman generasi ini. Walaupun perbincangan tentang Generasi XYZ ini agak asing dalam konteks Malaysia, namun hakikatnya perbincangan generasi XYZ ini sudah lama dibincangkan dinegara-negara Barat.

Generasi ini juga di kenali sebagai Millennial Generation ( Millennials),[Generation Next][ Net Generation],atau[ Echo Boomers]  Generasi ini memiliki gaya hidup, trend dan juga pemikiran yang selaras dengan perubahan masa dan zaman. Cara berfikir, gaya hidup dan cara berkomunikasi sudah berbeza di antara kelompok generasi ini.

1.   Pre Baby Boom
Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.

2.   The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah “baby boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang.   Selepas perang berakhir, orang Australia, Kanada,New Zealand dan Amerika kelihatan seperti berlumba mendapatkan anak sehingga kadar kelahiran meningkat mendadak dan dikatakan "boom."

Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan “The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka.

3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) - GEN X
Selepas era “the baby boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak. Terma “the baby bust”, istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “the baby boom”.  

Dikatakan 50 juta manusia dilahirkan dalam jangkamasa ini. Dalam tahun 2010, mereka ini berumur sekitar 30an ke 40an. Mereka membesar sebagai kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana ibu-bapa yang sibuk bekerja atau ibu bapa tunggal. Dengan sebab itu, mereka adalah generasi televisyen, bersukan,  independen, informal lebih matang dari sudut emosi dan mempunyai gaya hidup seimbang.
Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.

4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) - GEN Y
Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an.

Dianggarkan sekitar 70 juta orang. Mereka ini juga disebut sebagai generasi millenium Generation Next, Net Generation dan juga Echo Boomers yang terdedah dengan pelbagai elemen yang menyeronokan seperti, muzik, permainan video, aktiviti sosial, teknologi DVD, mp3, ipod dan sebagainya. Generasi yang hidup senang dan menjadi harapan besar ibu-bapa. Mereka lahir ketika komputer peribadi mula digunakan. Ketika mereka membesar, telefon bimbit telah menjadi sebahagian daripada hidup manusia. Generasi ini tidak dapat lagi dipisahkan elemen hiburan seperti muzik dan video dalam gajet-gajet mudah alih mereka.

5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang) – GEN Z
Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 12 tahun.

Generasi ini lahir dan membesar dengan teknologi Internet. Bill Gates menyifatkan generasi ini sebagai Generasi I, Information. Katanya

"I have begun to think of the kids born during the past decade as Generation I, the Internet generation. The full impact of the Internet will be felt not by us but by them. They will have no memory of life without the Net. They will be mystified by our record albums, because to them, music will simply be something that is downloaded from the Web onto their computers, where they can organize songs exactly as they wish to listen to them. And while the printed book will not disappear, reading a novel on-line wont be an alien concept. Generation I will be able to conceive of the Internets possibilities far more profoundly than we can today. This new generation will become agents of change as the limits of the Internet expand to include educational, scientific, and business applications that we cannot even imagine."

Berikut ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk Malaysia
(lihat “Buletin Perangkaan Sosial” yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia:

* Pre-Baby Boom (65 tahun ke atas) – 4%
* The Baby Boom (47 hingga 64 tahun) – 16%
* The Baby Bust / Gen X (34 hingga 46 tahun) – 21%
* The Echo of Baby Boom / Gen Y (13 hingga 33 tahun) – 21%
* Generation Net / Gen Z (sehingga 12 tahun) – 38%

 Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya hampir separuh dari penduduk Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun.

Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 34 hingga 46 tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 13 hingga 33 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed).  

Manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah.

Kita berada dalam era istimewa kerana mereka yang berumur sekitar bawah 40an masih lagi dapat melihat dan berinteraksi dengan mereka yang lebih tua yang dilahirkan sebelum perang. Dalam masa yang sama mereka dapat melihat generasi kanak-kanak hingga belasan tahun sedang membesar. Sedar atau tidak, pertembungan budaya dan gaya hidup antara generasi berbeza ini sedang berlaku.

Secara sedar atau tidak kita dapat perhatikan Baby Boomer mementingkan kekeluargaan. Amalan makan bersama, luang masa bersama keluarga, solat berjemaah, menghormati orang tua, bersopan santun dan berbudi bahasa masih lagi menjadi leteran. Generasi X pula bekerja kuat dan kurang bersama keluarga tetapi masih mampu menetapkan jadual untuk pergi melancong dan bercuti bersama keluarga bagi menghabiskan cuti tahunan. Namun begitu gen X, kurang bersenam menyebabkan ramai yang mati megejut disebabkan masalah kesihatan. Generasi Y pula, tidak menghiraukan hal ehwal keluarga, lebih suka bersosial bersama rakan-rakan atau mengadap komputer bersosial secara maya.  Gen Z pula amat sukar untuk dijangkaan perangai atau gaya hidup mereka.

Ibu bapa, Generasi X dan Y masih lagi tercari-cari rentak dan formula untuk mengawal gen Z. Gen Z dimanjakan dengan makanan yang lazat, pelajaran yang bagus, pakaian yang mahal dan gajet yang canggih. Mereka begitu terkehadapan apabila maklumat hanya boleh di 'google', video boleh di 'youtule' dan permainan boleh di 'online' pada bila-bila masa. Secara fizikal mereka boleh dikunci di dalam bilik tetapi secara mentalnya mereka tidak dapat dikawal. Kita perlu sama-sama memikirkan kaedah yang terbaik kerana dalam masa yang sama kita sedang bersetuju dengan gaya hidup yang boleh merosakkan mereka pada masa akan datang.

Cuba kita renung-renungkan perbincangan ini. Bersediakah kita menghadapi perubahan dan perkembangan generasi ini.

Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment