Program Pengantarabangsaan 3 - Singapura

Pada 16 SEPT 2011 yang lalu saya berpeluang bersama 80 orang guru dan murid jawatankuasa Student Leaders Board sekolah saya melakukan program pengantarabangsaan ke 2 buah sekolah di Singapura. Kumpulan pertama yang diketuai  saya berkunjung ke Madrasah AlJunied sebuah sekolah terkemuka berstatus elit yang menawarkan disiplin nasional dan agama. Apa yang menarik konsep MA ini yang mengekalkan nama madrasah dengan operasi pembelajarannya yang serba moden. MA hingga kini telah melahirkan ramai cendikiawan dan ilmuan yang menjadi tokoh terkemuka Islam di negara berkenaan, Brunei dan negara kita sendiri.

Sekolah saya turut memetarai persefahaman jaringan pengantarabangsaan dalam bidang pendidikan dan bersetuju untuk bekerjasama dalam beberapa perkara yang boleh dimanfaatkan bersama khususnya yang berkaitan dengan pendekatan pembelajaran bagi subjek yang dikenalpasti.

Tahniah kepada SLB yang berjaya menguruskan program ini. Insyallah tahun depan kita bekerjasama pula dengan sekolah-sekolah negara lain yang boleh kita manfaatkan untuk kecemerlangan anak-anak didik di sekolah ini setelah kita mengadakan 2 program terdahulu dengan 2 buah sekolah elit di Indonesia.



 Menandatangani MOU dengan
Hj Mokson Mahori (Vice Principal)
 

 


 


 Bertukar cemderamatan selepas taklimat bersama
Khairiana Zainal Abidin (Ass Vice Principal - Academic Dept & Adm)



Kumpulan 1
Rombongan program pengantarabangsaan ke Singapura
(Guru dan murid SLB SMK Bandar Putra)
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment