Hari Raya Pupuk Perpaduan

Malam tadi En Loo rakan lama saya di Skudai datang bertandang ke rumah sempena hari raya bersama isteri dan 3 orang anaknya. Walaupun sudah agak lama tidak bertemu namun kehadiran beliau menambaheratkan lagi tali persahabatan walaupun berbaza agama, kaum dan budaya. Beliau sekeluarga tidak kekok bercerita, makan masakan Melayu dan bermesra sesama ahli keluarga.

Selepas beliau sekeluarga pulang, terfikir di fikiran saya mengapa ada sebahagian masyarakat kini yang tidak boleh bersama untuk tujuan kesepakatan dan perpaduan hanya kerna berbeza pandangan dan pendapat sedangkan tinggal di bumi dan negara yang sama?. Kalaulah kunjungan rakan saya ini berlaku di mana-mana alangkah meriah dan sejahteranya masyarakat di negara kita.

Sewajarnya Hari Raya merupakan waktu yang terbaik untuk kita mengeratkan perpaduan sesama umat Islam malah hubungan antara kaum tanpa mengira perbezaan budaya dan politik. Inilah juga masa untuk kita merapatkan kembali barisan ummah sekiranya ada berlaku perpecahan atau perselisihan. Umat Islam dan masyarakat bukan Islam patut mengambil peluang perayaan ini untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama masih tetap hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu. Semasa kita merayakan Hari Raya Aidilfitri ini, kita seharusnya menggunakan kesempatan yang ada untuk bertemu dan saling bermaaf-maafan bagi menyambung dan mengikat persahabatan baru, memeriahkan musim perayaan, menyemai rasa persahabatan yang lebih akrab, toleransi dan saling memahami semasa berkunjung ke rumah rakan dan taulan.






Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment