Success Story : Tony Fernandez

Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi khasnya kepada pembaca daripada Malaysia. Salah seorang usahawan yang membawa perubahan kepada cara hidup rakyat Malaysia dalam bidang penerbangan. Menjadikan ramai golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana mengalami pengalaman untuk terbang di awan biru. Bermula dengan kerjaya dalam industri muzik dan kini menerajui industri penerbangan, kisah beliau seakan seperti usahawan Britain; Sir Richard Branson.

Bermula dengan 2 buah pesawat pada 2002, tetapi kini mempunyai sejumlah 75 pesawat ukuran besar dengan lebih seratus destinasi seluruh dunia dan jumlah bilangan destinasi akan bertambah lagi bulan demi bulan akan datang. Apakah kejayaan beliau ini boleh dikira nasib???, ataupun mengharapkan kroni yang ada dalam pentadbiran negara??? 

Berikut adalah maklumat / nota penting yang dipetik daripada akhbar Sinar, Khamis 29 Januari 2009 mukasurat 16, hasil temubual Ketua Pengarang Kumpulan Sinar dengan Tony Fernandes. Pengalaman dan falsafah kerja beliau yang berharga ini boleh dijadikan panduan bagaimana beliau boleh mengharumkan jenama AirAsia hingga ke peringkat antarabangsa.

1. Tidak mempunyai bilik khas, sama seperti pekerja lain, orang no 1 AirAsia ini hanya mempunyai ruang kerja yang terbuka dan amat kecil.

2. Mempunyai lebih kurang 400 kakitangan di pejabat AirAsia LCCT (Terminal Penerbangan Tambang Murah), dan Tony mengenali hampir semua kakitangan di situ dengan mengingat nama mereka.

3. Selalu mengingatkan staf bahawa beliau bukan sahaja menggerakkan syarikat, malah semua pekerja yang menggerakkan syarikat.

4. Menganggap pekerja adalah kawan dan sentiasa menghormati kawan, sama seperti pekerjanya menghormati Tony.

5. Tidak menganggap segala yang diperkatakan oleh media sebagai sindiran, tidak berkecil hati dengan kata-kata negatif sebaliknya mengambilnya sebagai CABARAN.

6. Menjadi hasrat untuk membolehkan semua rakyat Malaysia boleh terbang dan kapal terbang bukan lagi pengangkutan untuk orang kaya.

7.Berjaya menggajikan kira-kira 6000 orang kakitangan pelbagai peringkat kemahiran dan profesion dalam dan luar negara.

“Kerja kuat. Ini bukan rahsia sebab dalam apa-apa pun kita kena kerja kuat sekiranya kita hendak berjaya. Bagi saya tidak ada jalan pintas untuk seseorang menuju kejayaan. “. Itulah antara rahsia kejayaan Tony Fernandes yang bukan lagi dianggap rahsia dalam falsafah seorang usahawan. Kejayaan bukan datang bergolek ke tangan kita, kita tidak boleh mengharapkan kejayaan tanpa berusaha berpenat lelah siang dan malam. Kita tidak boleh memikirkan dengan kerja yang senang dan mudah, kita boleh mencapai kejayaan yang besar.

Tip kejayaan yang telah dikongsikan oleh bos AirAsia :

1. Melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh staf. Melalui cara begini, beliau dapat memahami dan mengesan cabaran dalam operasi syarikat.

2. Percaya setiap pekerja adalah aset kepada syarikat. Tidak kira di bahagian mana mereka ditempatkan dan apa yang mereka lakukan, setiap dari mereka adalah penggerak syarikat.

3. Menyerapkan budaya kuat dan cekap kerja di kalangan kakitangan sejak hari pertama mereka menyertai pasukan.

4. Tony sendiri mendengar pandangan dan idea dari pekerja setiap bahagian dan peringkat. Idea yang bagus dan hujah yang bernas oleh pekerja akan diberikan perhatian.

5. Memberikan berbagai insentif kepada mereka yang cemerlang dalam memberikan sumbangan kepada syarikat. Insentif bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, pekerja yang bekerja bersungguh-sungguh walaupun memiliki kelulusan yang rendah akan diberikan peluang untuk pengembangan karier mereka.

6. Seorang usahawan perlu sentiasa melihat dan memikirkan peluang untuk berkembang.

kredit : http://bisniswirausaha.blogspot.com
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment