Sekitar Sambutan Hari Guru SMKBP 2011

Sambutan Hari Guru pada tahun ini di sambut meriah oleh semua warga sekolah. 16 MEI dipenuhi dengan sehari penuh pelbagai acara keraian yang diadakan secara santai dan meriah.
7.30 pagi :
Perhimpunan hari guru melibatkan perarakan masuk guru ke dalam dewan, persembahan; ucapan dan membaca perutusan, ikrar, nyanyian lagu Guru Malaysia, memotong kek hari guru dan penyampaian cenderamatan hari guru. Majlis dikendalikan sepenuhnya oleh murid-murid.

9.30 pagi :
Jamuan minum pagi ditaja sepenuhnya oleh pengusaha kantin sekolah. Terima kasih Haji Aidil dan Ann.

10.00 pagi :
Acara santai sempena hari guru. Pelbagai acara melibatkan guru, staf dan murid iaitu persembahan kugiran guru-murid, pertandingan sukan rakyat - boling rakyat, bola dan sudu, menganyam ketupat, makan epal dan lain-lain. Santai, meriah dan menggembirakan.

12.00 tgh
Acara kemuncak sambutan di Dewan Perdana Putra. Persembahan murid, guru, anugerah guru, penyampaian hadiah dan cenderamatan.

2.00 petang
Majlis Hi-Tea di Palm Villa Golf, Bandar Putra. Majlis jamuan diserikan dengan persembahan karaoke, cabutan bertuah/bertukar cenderamata dan sambutan meraikan hari jadi semua guru dan staf oleh pengetua. Turut hadir ialah YDP PIBG.

Seminggu sebelum sambutan turut dimeriahkan dengan beberapa pertandingan iaitu pertandingan boling dan badminton guru-guru.






Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment