TAN SRI KPPM - SELAMAT BERSARA



3 Nov 2010 saya berpeluang bersama pemimpin pendidikan negeri Johor (Ketua Sektor, PPD dan wakil-wakil kesatuan negeri Johor) seramai 30 orang berpeluang meraikan persaraan Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Mohd Dom, KPPM yang akan mula bersara secara rasmi pada 6 November 2010. Majlis diadakan di Kelab tasek Putrajaya jam 3.00 petang. Turut hadir ialah Dato' Hjh Noorizan Bapoo Hashim (TKPPM) dan Dato' Asariah (TKKPM) dan Haji Sufaat bin Tumin (PPJ)

Dalam ucapannya Tan Sri KPPM menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pemimpin pendidikan dan warga pendidik dari negeri Johor yang telah membawa negeri Johor ke mercu kejayaan dalam semua aspek pendidikan. Beliau amat gembira dengan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh negeri Johor dan mengharapkan kualiti pendidikan akan sentiasa terus dipertahankan.

Selamat Bersara Tan Sri..... Jasa dan sumbangan Tan Sri akan sentiasa dikenang........
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment