Berkhatan....Bersunat.....


Bila saya bertanya pada anak lelaki saya ke 3, Muhammad Akmal Hanif & Muhammad Zafri Haziq, "Nak bersunat tak?". Jawap mereka , "Nakkk!!". Oh! Zaman moden ini, anak-anak makin berani tidak macam budak-budak zaman dahulu. Akhirnya Hanif selamat berkhatan di Klinik Ilham di kampong neneknya di Muar jam 5 petang. Tidak ada rasa gementar apatah lagi takut kepada anak ini, sepanjang hari ceria sahaja. Malam sebelum bersunat nenek anak saya dan keluarga mengadakan tahlil ringkas sempena anak saya akan berkhatan di samping menyambut hari jadi anak saya yang bongsu. Sampai di klinik esok petangnya anak saya masih bersahaja malah dia gelak sebab terpampang poster besar berbunyi “JOM POTONG”. Masuk saja bilik doktor pun tak rasa gerun sebab doktor yang mengoperasikan khatan tu boleh bergurau-gurau dan gelak-gelak lagi dengan anak saya. Mungkin itu caranya nak meredakan stress kepada “mangsanya”. Berdasarkan perbulan doktor berkenaan telah menghatankan 20 orang kanak-kanak pada hari berkenaan. Itupun bukan sepenuhnya mengkhatankan kanak-kanak. Perkhidmatannya diselang selikan dengan member rawatan kepada pesakit lain. Berdasarkan pemerhatian saya, anak saya tak ada mengadu sakit pun sepanjang malam pertama selepas bersunat. Mungkin teknik bersunat yang lebih canggih sekarang agaknya. Terima kasih kepada Dr Ilham dan Hanif yang berani menyahut cabaran.

Pada zaman dahulu (generasi abang-abang saya) sebelum berkhatan kanak-kanak akan berbaju Melayu dan berkain pelekat, berendam di sungai. Selepas itu mereka akan duduk di atas bahu bapa masing-masing dan diarak ke tempat berkhatan. Di sana tersedia sebatang pokok pisang tempat berkhatan. Usia anak lelaki yang dikhatankan biasanya antara 10 dan 12 tahun. Memang takut dan gementar mengenangkan ia perkara yang menyakitkan.

Tok mudim cukup 'digeruni' kerana dialah yang melakukan tugas khatan. Dari cerita yang disampaikan orang zaman dulu, tok mudim menggunakan penyepit khas yang diletakkan pada bahagian kulit zakar yang hendak dipotong. Bahagian itu kemudian dipotong dengan pisau khas sebelum diletakkan iodin dan dibalut dengan kain. Selepas selesai berkhatan, kapur sirih disapu di bahagian pergelangan kaki bagi mencegah kegatalan daripada sejenis hama. Itu cerita berkhatan pada suatu ketika dulu di kampong-kampung.

Zaman saya berkhatan (tahun 70an) memang rasa gementar terutama apabila “senior-senior” menyebut sebelum khatan dipaksa berendam dan pisau yang digunakan menggunakan pisau cukur ‘rusty blade’ yang selalu ayah saya gunakan. Tetapi bila tiba hari sebenar rupanya Tok Mudim ialah pembantu klinik di kampung saya. Zaman dah moden la pada ketika itu. Cuma memang tak dapat dilupakan sebelum berkhatan memang diadakan kenduri macam majlis kahwin, siap khatam Quran lagi dan diarak menggunakan kompang. Mengikut tradisi di kampong ketika itu, berkhatan bagi kanak-kanak adalah 'acara' kemuncak sebelum memasuki alam remaja. Kenduri diadakan dengan menjemput orang kampung memeriahkan hari bersejarah anak-anak lelaki menempuh alam remaja.

Itu cerita dulu, kini di zaman moden, pengalaman berkhatan di atas batang pisang mungkin jarang dapat dilihat atau tak akan ditemui lagi. Kebanyakan anak-anak dikhatankan di klinik atau hospital menggunakan kaedah lebih moden, praktikal, kurang sakit selain luka cepat sembuh.

Sesuai dengan musim cuti persekolahan sekarang, ramai ibu bapa mengambil kesempatan mengkhatankan anak mereka.

Berdasarkan hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain bahawa Nabi bersabda yang bermaksud: "Lima perkara yang tergolong dalam fitrah iaitu berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai." Berdasarkan fatwa mazhab Syafie dan kebanyakan ulama berpendapat khatan itu hukumnya wajib, bukan saja untuk lelaki, tetapi juga perempuan.

Dalil yang menunjukkan wajib berkhatan adalah melalui sabda Rasulullah yang bermaksud: "Buanglah rambut-rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berkhatanlah." (Hadis riwayat Abu Daud). Cara berkhatan bagi lelaki ialah dengan memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar sehingga nampak kepala zakar itu keseluruhannya.

Dari sudut agama Islam, ia antara tuntutan fitrah dan salah satu syiar Islam bagi menyempurnakan tuntutan syarak. Ini berasaskan kepada sunnah Nabi Ibrahim serta membezakan antara orang Islam dengan penganut agama lain. Namun begitu sekarang ini orang bukan Islam ada juga yang sudah mula berkhatan.

Dari sudut kesihatan, terlalu banyak manfaat, antaranya dapat membersihkan zakar, memperelok, mencantik bentuknya dan menambahkan kelazatan ketika hubungan kelamin. Ia juga dapat mengawasi kesihatan tenaga batin serta memelihara diri daripada dihinggapi penyakit kelamin dan kanser. Dengan itu tergambar kepada kita akan keindahan Islam serta rahsia di sebalik syariat amalan berkhatan yang dianjurkan Islam.

Apa yang jelas, jika tidak berkhatan ketika membuang air kecil kotoran itu akan bertakung di kawasan kulit zakar. Jadi bagaimana seseorang boleh bersolat jika dia tidak benar-benar dalam keadaan suci dan bersih. Beberapa kajian dibuat berkenaan kebaikan berkhatan antaranya dalam buku bertajuk 'Kehidupan dan Seksologi' karangan Dr Sobri Al-Qubbani menyatakan khatan memberi manfaat besar terhadap kesihatan seperti dapat membebaskan seorang daripada penyakit kulit yang berpunca daripada peluh, daki, kuman serta kumpulan lemak di bahagian kulit yang menutupi kepala zakar, mengurangkan risiko kanser prostat serta mengelak sindrom kencing malam jika anak lelaki dikhatan awal. Kemudian Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Abu Ayyub, katanya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Empat perkara dari sunnah Rasul iaitu: khatan, berwangi-wangian, bersiwak, dan nikah."

Kepada anak-anak yang berani berkhatan semasa cuti sekolah ni….selamat berkhatan.
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment